Friday, July 11, 2014

what???resign???why???

mungkin selepas ini akan mengaktifkan semula blog ini
kerana sudah tidak ada komitmen kerja yg bertambun-tambun
tetap berdoa semoga semuanya akan kembali sediakala

hari ini epic
akhirnya akan bercerita tentang kisah sbnr tentang apa yang aku lakukan
sejak februari 2013 (the point where i completely missing from posting anything here)

January 28, 2013 aku menerima satu panggilan telefon untuk menghadiri sesi temuduga
mulanya agak pelik, sbb rasanya aku tak pernah hantar resume ke institusi tersebut
namun, rezeki datang jangan ditolak
pada hari temuduga siap sesat lagi nk cari bangunan institusi ni
alahai...dia punya label memang tak nampak langsung
seperti biasa kelayakan tidak sesuai dengan jawatan...seperti yang dijangkakan
pulang...telefon mak...akan pergi ke tempat mak secepat mungkin

keesokan hari dapat panggilan telefon...temuduga berjaya...lapor diri 18 Februari 2013
agak terkejut...hubungi mak, rezeki katanya
mencari rumah di kawasan tempat kerja, supaya boleh jalan kaki sahaja pergi kerja
tak perlu kereta dan pengangkutan yang mahal tambangnya

selepas itu, secara rasmi telah menjadi hamba kerja
dan kini secara rasmi bakal menanti tempoh notis 3 bulan untuk tamat
sengaja menghitung hari, hantar notis cukup-cukup sehingga habis cuti raya
mudah sikit untuk aturkan hal bilik sewa dan balik kampung

kenapa berhenti?
cuba kau tanyakan diri sendiri...apakah yang akan menyebabkan kau menghantar notis berhenti kerja?
rasanya, kau sendiri boleh menduga bukan

aku teringat seorang bekas rakan sekerja berkongsi satu artikel di laman sosial facebook
tajuknya lebih kurang mengapa seorang pekerja meninggalkan sebuah syarikat/institusi
dan jawapannya sangat mudah dan terang
pekerja itu tidak meninggalkan syarikat, syarikat hanyalah sebuah ruang yang dilengkapi perabot yang pasti tiada fungsi jika tiada pekerja
pekerja tidak meninggalkan tanggungjawab yang diberikan kerana biasanya pekerja akan memberi notis mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam kontrak yang di tandatangani...dalam tempoh tersebut sebenarnye pekerja mampu nak siapkan semua tugasan dan boleh melatih pekerja lain untuk menjalankan tanggungjawab yang dipikul...tanggungjawab dan tugasan bukanlah penyebab utama pekerja ingin keluar dari sebuah syarikat/institusi
apabila seorang pekerja menghantar notis berhenti, maksudnya pekerja itu meninggalkan pengurusan syarikat/institusi...dan jika ramai pekerja yang berhenti dari syarikat/institusi tersebut, maka kita semua tahu adakah pengurusan syarikat/institusi adalah terancang dan efisien...

aku memang bersetuju...kadangkala pengurusan tu hanya merujuk seorang individu, ada juga yang merujuk kepada sekumpulan individu...
bergantung kepada organisasi syarikat/institusi...


kenapa aku berhenti?
aku nak berhenti...tu je...



No comments:

Post a Comment