Thursday, December 24, 2009

kekuatan...

post muhasabah ini ditulis selepas membaca novel pembangun jiwa...
karya seorang penulis yang masih muda usianya...

apa makna kekuatan diri???
saya sendiri tak tahu mendefinisikan kuat itu bagaimana...
dari sudut fizikal, sememangnya kekuatan itu boleh dilihat dengan mata kasar...melalui daya upaya individu menjalankan kerja-kerja berat...
maksud yang lebih mendalam???kekuatan jiwa umpamanya...apa kayu ukurnya???
pada saya...kekuatan jiwa itu adalah seteguh mana kita menggantungkan kepercayaan kita kepada Yang Maha Esa...sejauh mana kita percaya semua yang terjadi itu adalah kebaikan untuk kita...
kadang kala kita ditimpakan dengan pelbagai ujian yang seringkali berada diluar dari ruang lingkup silibus harian kita...lalu kita mula gelabah, harus bagaimana menghadapi semua itu???
mula-mula sekali diri sendiri harus tenang...baru boleh berfikir dengan waras dan mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan...
lalu bagaimana hendak mendapatkan ketenangan itu???
di sinilah fungsi kekuatan jiwa...percaya dan yakin bahawa apa yang berlaku itu ada sebab musababnya yang tersendiri...percaya bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya adalah ujian untuk menentukan sejauh mana kita mengingatiNya...dan yakin bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya yang terbaik untuk kita...
cakap senanglah...ingat senang nak buat???
didiklah hati...
saya sendiri masih dalam proses mendidik hati...agar mampu redha dalam semua situasi...agar mampu tenang tika di landa musibah...
semuanya perlukan latihan...latihlah hati untuk sentiasa bersyukur, sentiasa redha dgn setiap ketentuanNya...
kita merancang...Allah sebaik-baik perancang, dan Dia akan menentukan yang terbaik buat kita...
redhalah...dan jiwa yang kuat akan sentiasa tersenyum walau apa pun yang datang...
senyum di kala kepayahan itu datang tanda kekuatan...kekuatan hati dan jiwa yang sentiasa yakin akan ketentuanNya...




a bigs thanks to VT, where dreams actually can be transform into reality...

No comments:

Post a Comment