Tuesday, December 15, 2009

sang pejalan...

berjalan...bermusafirlah...
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk mereka yang berfikir

sang pejalan...saya memang sang pejalan...2009 ialah tahun berjalan bagi saya...x kisahlah jauh atau dekat...saya sentiasa berjalan...menyahut seruan kata-kata nasyid diatas...untuk melihat kebesaran Yang Maha Esa...dan seterusnya berfikir...

apabila saya fikirkan semula perjalanan untuk tahun ini...banyak rupanya yang dapat saya kutip...daripada sekecil-kecil pengajaran sehingga sebesar-besar perkara...dan tak lupa...keindahan alam ciptaan Tuhan yang tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata...betapa banyak nikmat yang telah dilimpahkan olehNya kepada kita...tinggal kita saja yang tidak melihat,tidak berfikir,tidak bersyukur...apabila bermuhasabah balik cinta saya kepadaNya...betapalah saya ni hamba yang tak tahu diuntung...

tak mahu banyak bercakap...gambar-gambar di bawah ni mungkin lebih bermakna dari perkataan yang saya taipkan...

di negara seberang

di negeri yang penuh keindahan

di negeri terbesar di tanah melayu

di tanah jesselton

di negeri penuh keindahan semulajadi

di sungai yang paling berliku

di tengah-tengah kotaraya yang penuh sesak

di negeri penuh bersejarah

di dalam kampus hijau

menjelang senja di depan blokku

di negeri penuh adat, syurga beli-belah

di tengah kota, malam hari

saya masih mencari langkah seterusnya harus diarahkan ke mana
kerana kaki ini harus meneruskan perjalanan
walaupun hakikatnya banyak perkara yang mengekang pergerakan saya akhir-akhir ini...saya tak pernah mahu berhenti...dan takkan berhenti berjalan...
kerana perjalanan itu sumber inspirasi...memberi gambaran betapa sayangnya Allah kepada saya...betapa indahnya nikmat yang telah diberikanNya untuk saya...dan untuk saya berfikir bahawa beruntungnya saya ini...betapa sikitnya kesyukuran yang saya ucapkan kepadaNya selama ini...
muhasabah cintaku, sang pejalan...kepadaNya...






nasyid Hikmah Kembara by Mirwana
credit to k.ju halip, aisyah humaira and 'ainol mardhiah for the picture
sang pejalan was accompanied by aisyah humaira, 'ainol mardhiah, nor laili, k.ju halip and the rest of chemistry lab members, the members of PSSCMUPM and her family...

1 comment: