Monday, October 19, 2009

aduhai rindu...

aduhai...rindunya...
rindu pada siapa ye agaknye???pada byk orang...pd byk benda...
kenapa??? x percaya???

aduhai...rindunya aku pada mak yang jauh di mata...hari ahad hari tu baru je call tapi x sempat sembang lama...mak ada tamu pulak...aduh...rindunya nak berborak dengan mak lama-lama...selalu kalau call rumah jarang la aku nak bercakap...aku lebih gemar mendengar mak menceritakan segala yang terjadi di rumah...seronok je dengar mak cerita...tapi aku tahu...jauh di sudut hatinya mesti dia tak sabar nak tunggu habis belajar dan balik rumah duduk ngan dia...aku faham...mak abah dah tua...mesti diorang nak jugak merasa ada anak-anak yang menjaga kebajikan mereka di rumah..seperti mana mereka pernah menjaga kami dahulu...dan yang sangat pasti mereka juga mesti rindukan kami, anak-anaknya dan tak lupa cucu-cucu semua...mak, ijah rindukan mak...macam mak selalu rindukan ijah...

aduhai...rindunya zaman bersenang lenang dulu-dulu...bukanlah bermakna aku sekarang ni tidak bersenang lenang, cuma ujian kepayahan tu datang bertimpa-timpa...kepayahan ni datang dalam pelbagai bentuk...payah dari segi kudrat tenaga...payah dari segi kesesakan masa...payah dari segi menjaga hati dan perasaan orang lain...payah mengerah otak agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya...dan yang paling penting terasa makin payah pula apabila perkara yang diharapkan boleh mengurangkan kepayahan tersebut menjadi salah satu benda yang membebankan...aduh...rasa tak termampu bahu ni nak memikul..aduh...

tidak dibebankan seseorang itu melebihi kemampuannya

aduhai...rindunya aku pada kelas latihan selasa dan jumaat malam itu...selama aku masih hingusan dulu aku rasakan latihan tersebut merupakan kewajipan dan mungkin sedikit beban untukku...namun kini, aku rasa suka pulak turun latihan tersebut...bukan apa, waktu-waktu itulah aku boleh melatih lenturkan otot-otot yang ada ni supaya bergerak pantas...waktu inilah badan boleh berpeluh..waktu inilah aku boleh meninggalkan segala bebanan di kepala dan berfikir sebebas mungkin...waktu beginilah yang sesuai untuk aku melepaskan segala rasa yang tidak enak agar dibuang jauh terus...rindunya...cepatlah latihan tersebut bermula semula...

aduhai...rindunya aku pada beberapa orang yang sudah tidak aku temui sejak beberapa tahun lalu...entah kenapa dan bagaimana aku boleh berhubungan dengan salah seorang daripada mereka...pernah terserempak di lapangan terbang lantaran menaiki flight yang sama...aduhai..rindu pula aku padanya...khabarnya hujung tahu ini dia akan praktikal...dan dia juga berura-ura mahu menyambung pengajiannya...pesanku hanya bersabarlah...kerana nanti pasti dia merindui zaman-zaman ijazah pertamanya...dia hanya ketawa...dan berkata baiklah pening kepala menambah ilmu daripada pening kepala memikirkan benda yang belum pasti boleh di capai...realiti yang terlalu pahit...tapi itu memang benar...dan aku...sungguh rindu akan kata-kata seperti itu yang kebanyakannya datang dari mulut teman-teman yang sudah lama tak aku temui...aduhai rindunya aku pada kalian semua, sahabatku...

aduhai...rindunya aku pada anak-anak abang dan kakak...anak-anak itu sudah kuanggap seperti anakku sendiri juga...semuanya comel-comel belaka...semuanya punya keletah masing-masing...tersendiri...dan semuanya mak cu sayang sama rata...terubat rindu dengan anak akak yang berada di Penang...semalam baru berjumpa...sukanya mak ucu...Ika dan Afif tak banyak karenah dengan mak ucu dia...tahu mungkin yang mama mereka sibuk...ataupun mungkin pertama kali merasa betapa empuknya duduk di atas ribaan mak ucu ni... mana nak lepas...hihihi...suka sangat aku melayan budak berdua tu...dari berjaga sampai tidur, mak ucu tak berenggang langsung...anak-anak itu padaku suci, bersih...tidak ada salah dan cacatnya mereka walau bagaimana pun rupa fizikalnya...didikan ibu ayah lah yang menentukan ke mana mereka...aku sentiasa mengharap mereka semua berada dalan landasan yang betul...membesar dengan sihat...membesar menjadi orang yang bijak...membesar sebagai hamba Allah yang bersyukur dan tawaddhu'...insyaAllah...semoga doa mak ucu diperkenankan...Amin...

aduhai...rindunya aku pada adik-adik setiap Khamis malam...maaflah adik-adik...beginilah...apabila kita mula mempunyai komitmen untuk benda yang baik-baik, pasti ada sahaja yang mengekang...hari khamis lepas akak ada openroom sempena deeparaya...menjamu rakan-rakan yang lain...maaf ye dik...bukan tak mahu menjemput, tetapi ini upacara atas dasar perkongsian...akak tiada kuasa veto untuk menentukan segalanya...harap-harap tak berkecil hati dengan hanya menitipkan buah honey dew dengan hirisan asam kuli limau itu...harap-harap ketiadaan akak ni tak menimbulkan kegusaran di hati adik-adik...insyaAllah minggu ni akak datang ye...akak sendiri terasa rugi yang teramat...untuk minggu ni akak akan usahakan untuk datang juga...akak cuba ye...dan isinya sekali akak akan cuba untuk usaha cari...cuma jika ada yang tersalah silap tu tolonglah betulkan...namanya akak pun masih belajar dari adik-adik semua...rindunya pada sesi itu...

banyaknya benda yang aku rindui...banyaknya orang yang aku rindui...perasaan rindu itu sebenarnya tak pernah hilang dari sanubariku ini...kerana ia seakan sudah sebati denganku...kerana perasaan rindu itulah pendorongku untuk terus kekal disisni...kerana rindu itulah aku lebih berusaha sehabisnya disini...kerana rasa rindu itulah aku terus mara ke hadapan tanpa menoleh lagi...kerana rasa rindu itulah aku mahu mengecap yang terbaik dalam hidupku...dan kerana rasa rindu itulah aku rasa kini aku berusaha menjadi dekat denganNya...kerana tanpa rindu padaNya, tak mungkin aku berada disini sekarang...
aduhai...rindunya lah...

No comments:

Post a Comment