Monday, November 2, 2009

lalu...harus bagaimana aku???

kita selalu dimomokkan...
buat yang terbaik...usaha untuk mencapai yang terbaik...cuba jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik...
semuanya membangkitkan semangat untuk berusaha lebih gigih mencapai apa yang diingini...
dan aku pun sama juga...mencari yang terbaik di dalam diri...cuba mencapai yang terbaik dalam hidup...cuba mengejar yang terbaik demi hidup...
bolehkah dahagakan yang terbaik itu menjadi satu bentuk obsesi...
aku lihat pemikiran sebegini memang bagus bagi sesiapa yang inginkan yang terbaik dalam hidup...tetapi sejauh manakah kita tahu apa yang kita capai itu adalah terbaik untuk diri kita???
aku sendiri tak tahu...mari kita lihat apa yang lebih and apa yang kurang terhadap obses "yang terbaik" ni...

apa yang lebih
1. berusaha lebih gigih untuk mencapai apa yang diingini. cth : belajar lebih tekun, buat kerja bersungguh-sungguh, tak mahu ponteng kelas, tak monteng keje, datang awal setiap hari utk settlekan keje and etc...

2. melatih diri menjadi seorg yg lebih berdisiplin. untuk mencapai yang terbaik, kena berusaha gigih secara berterusan. untuk berusaha gigih dgn berterusan memerlukan disiplin yang ketat. nah, rutin yang penuh disiplin ini sudah melatih diri menjadi insan yang lebih baik...Alhamdulillah

3. sentiasa peka terhadap perubahan sekeliling. ini memang mesti pada sesiapa yang obses untuk menjadi yang terbaik. kenapa mesti???bagaimana hendak mengaku diri ini adalah yang terbaik jika pergolakkan di tanah semenanjung Gaza sana pun tak tahu???

4. ada lagi ke??? hmm...haa...fokus...sentiasa fokus dan berusaha yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. yang ni memang bagus. bila fokus ketika buat kerja, banyak idea-idea baru dapat di jana dalam menyelesaikan tugasan dan lebih mudahlah sesuatu tugas dibereskan...

apa yang kurang...
1. leka dan lalai tentang tuntutan hidup yang lain. demi menyiapkan tugas yang diberikan, dah tak kisah pasal lunch, dinner...keperluan asas badan untuk berfungsi diabaikan...hasilnya jatuh sakit, sakit kepala...bukan setakat keperluan fizikal tubuh...malah keperluan rohani juga sedikit terganggu...solat di lewat waktu...kurang memperuntukkan masa untuk membaca kalam Allah...sudah kurang mengingat keberadaan Yang Maha Esa...wah...kerugian yang besar tu...

2. kurang interpersonal contact dengan individu lain...atau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan orang sekekliling....terlalu fokus terhadap apa yang hendak di capai sehingga terlupa yang kita ni bukan hidup berseorangan sahaja dalam dunia...semuanya terfokus untuk diri sendiri dan tugasan yang hendak dibereskan...hmm...macam mana tu??? anda yakin anda adalah yang terbaik??? fikir-fikirlah...

3. pernahkah orang-orang yang berusaha tekun untuk mencapai yang terbaik ini memikirkan untuk apa mereka mencapai semua itu???cubalah tanya seseorang yang anda rasakan terbaik (pada pandangan mata anda)...tanyakan padanya...untuk apakah semua "yang terbaik" yang telah di kecapinya itu...ada dua jenis jawapan tipikal yang akan kedengaran...untuk kesejahteraan diri dan keluarga serta untuk kepuasan diri sendiri...tapi pernahkah anda mendengar jawapan "saya buat yang terbaik dan dapat yang terbaik kerana Allah"...jika pernah...Alhamdulillah...jika belum pernah...hmm...bukankah harus difikirkan lagi untuk mencapai yang terbaik itu???...bukankah yang terbaik ialah apabila setiap perlakuan kita diniatkan hanya kerana Allah...sentiasa memohon setiap yang kita lakukan itu mendapat rahmat dariNya...

4. apabila berusaha mendapatkan yang terbaik...kita akan sanggup pergi ke mana-mana pun untuk memperolehi "yang terbaik" itu...kadang kala mentaliti masyarakat kita, makin jauh seseorang itu merantau mendapatkan apa yang dihajati...makin tinggi lah darjat terbaiknya di mata orang ramai...benarkah yang sangat jauh dan sangat sukar dicapai itu adalah yang terbaik??? sedangkan sekecik-kecil benda yang terjadi di sekeliling kita, yang kadangkala lebih banyak memberikan manfaat buat kita itu tidak didefinisikan sebagai yang terbaik???...bagaimana jika yang terbaik itu berada dekat dengan kita sedangkan kita pergi mencari di tempat yang jauh...lalu harus bagaimana aku???

cukuplah setakat disini...mari kita sama-sama fikir...aku pun sedang berusaha untuk mencapai yang terbaik...tetapi terbaik dalam definisi hidupku sendiri sahaja...bukanlah terbaik dalam pandangan masyarakat sekeliling aku kira...tapi memadailah...pemikiran sebegini akan dikatakan tak berpandangan jauh...tapi peduli apa aku...yang akan mara ke hadapan mengikut definisi terbaikku itu adalah diri aku sendiri...sejauh mana orang tahu tahap terbaik yang telah aku letakkan untuk diriku sendiri??? biasanya kejayaan yang terbaik dalam hidup itu bukanlah terjadi hanya kerana usaha yang tak kurang, jelajah yang tidak henti, fokus yang sangat jitu, tetapi hanya melalui rasa menerima diri sendiri sebagai seorang hamba yang tak sempurna...yang sentiasa mendamba Rahmat dan kasih sayang dariNya...ku kira itulah kejayaan yang tebaik pernah berlaku dalam diri kita, manusia sebagai hambaNya...dengan itu kita akan sentiasa ingin menjadi sebaik-baik hamba di hadapanNya...

again...its a self reflection post
for me, for you and for everyone...
ambil yang elok...yang tak elok campak masuk tong sampah

jazakallah...

No comments:

Post a Comment