Wednesday, February 11, 2009

kullu nafsin zaikatul maut...

my title…self explanatory…as usual…
sorry…for those who do not know arabic…my titles means “each life will experience death” or dlm bahasa melayunye “setiap yang benyawa pasti akan merasai mati”
27 januari 1.30 ptg…my phone bunyi..ada call masuk…aku pon angkat la…my cousin from johor call…dia kata…’kak ijah, nenek dah nazak’…on the spot bg tau my parents yg kebetulan ada kt umah akak…kitorg packing siap2…aku call kak ju minta cuti rabu dan khamis…aku sms Dr minta cuti…time tgh nak matikan api dapur aku dpt second call from ijam…dlm kol 2 ptg…dia kata…’kak ijah nenek dah meninggal’…aku terkejut…terus masuk bilik…bg tau my parents…my dad terus meraung menangis sambil memelukku…pilu sgt…aku tak pernah lihat bapa aku sesedih ini…aku menangis sama…dalam pelukan bapa…
sesudah itu kukhabarkan pemergian nenek kepada kakak dan suaminya…semua bersiap…nak balik johor on the spot…aku call cousin aku angah…suruh tunggu kitorg sampai…dia kata ok…kitorg bertolak dlm kol 2.30 ptg…perjalanan kurasakan sangat lama…tp keadaan kereta yg kurang baik menyebabkan kami berhenti di R&R highway dua kali…kelam kabut la katakan…tak sempat nak check kereta lgsg…akhirnya dlm kol 6 ptg kami smpi…
nenek terbaring kaku dgn ditutupi kain batik lepas mak uteh…sorg2 ahli keluarganya mengucup arwah…waktu memandikan jenazah arwah…aku lihat arwah seolah-olah kesejukan sejurus air yg sejuk tu mengenai kulitnya…aku hanya berkata-kata dlm hati…’sabar ye nek…kejap aje sejuk ni’…aku lihat dia seolah-olah sedang tidur…ustazah tu kata nenek bersih…Alhamdulillah…mudah sahaja memandikan jenazah arwah…
selepas Isya’ ada bacaan yasin dan tahlil…dan sebelum jenazah arwah dikebumikan…semua ahli kelurga pay their last respect kt arwah nenek…mlm tu jugak dlm kol 10.30mlm jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg Melayu Batu 9, Manong, Air Hitam. Alhamdulillah…hajat arwah supaya jenazahnya dari dimandikan sehingga di masukkan ke liang lahad diuruskan oleh anak cucu arwah tertunai…semua yg menguruskan jenazah arwah adalah kaum keluarga sendiri…Alhamdulillah…
ketika pak imam membacakan talkin untuk nenek…aku sgt tersentuh melihat airmatanya mengalir…mengingatkan yg kita pun akan merasai apa yg nenek sedang alami…sesungguhnya mati itu benar…soalan mungkar dan nakir itu benar…hari kiamat itu benar…titian siratul mustakim itu benar…perhitungan dosa dan pahala itu benar…syurga itu benar…neraka itu benar…semua yg telah di pelajari dalam syllabus Pendidikan Islam ketika di sekolah dulu semuanya benar belaka…cuma belum sampai masa kita menghadapinya…
aku berdoa semoga liang lahad nenek diluaskan, diperindahkan seperti taman-taman di syurga, semoga Allah mengampuni dosa-dosa arwah dan diberatkan timbangan pahalanya di hari akhirat kelak…semoga kuburnya sentiasa diterangi cahaya yang bergemerlapan…semoga rohnya dicucuri rahmat…Amin
Ironi…mak bapak aku balik sbb nak melawat nenek aku yg sakit di Puchong…tetapi nenek di Johor pulak yang pergi dulu…rencana Allah itu sememangnya tak siapa yang dapat menduga…seperti pemergian arwah nenek juga…ia mengingatkan aku bahawa sihat bukan jaminan untuk tidak mati…muda juga bukan bermakna maut tidak tiba menjemput…kalau sudah ditetapkan di Loh Mahfuz pada waktu yang telah ditentukan…pasti tak kira apa jua yg sedang dilakukan…maut itu akan tiba… tanpa terawal atau terlewat walau sesaat…tak kira dalam situasi yg boleh dijangka atau tak terduga…mati tetap mati…
aku berdoa kepada Allah semoga matiku nanti biarlah dlm keadaan beriman…biarlah semua saudara mara sempat menziarah walau sekejap cuma…semoga ahli keluarga tak putus menghantarkan doa buatku di alam sana…semoga amalan kebajikanku diteruskan oleh generasiku yg akan datang..Amin…

No comments:

Post a Comment