Thursday, January 9, 2014

hari pertama sekolah

seronok tengok mak ayah sana sini teruja hantar anak-anak masuk sekolah
hari pertama persekolahan
macam-macam cerita...macam-macam perangai anak-anak keluar
pertama kali berinteraksi secara formal dengan orang yang bukan ahli keluarga
bukan tugas yang mudah

nak memberitakan tips-tips, aku sendiri belum punya anak
hanya mendengar cerita ibuku yang ditugaskan menjadi guru untuk murid darjah satu ketika usia beliau hampir berpencen...
heeeeeeeeeeee...tergelak saja...
mak kata...anak-anak ini bukannya tak pandai menjaga diri
mereka cuma berasa asing dengan persekitaran sekolah
minggu pertama pasti banyak tersilap tingkah
sehingga ada yang sampai tak tahu hendak 'membuang' di mana, tak tahu dimanakah letaknya tandas

aku kira hari pertama sekolah zaman dahulu dengan sekarang tak banyak beza
keletah anak-anak
itu perkara biasa...proses menyesuaikan diri

mungkin yang tidak sama adalah tahap pemikiran dan kematangan
kalau anak-anak zaman dahulu, pergi sekolah tidak lah tertumpu kepada belajar sahaja
ada yang asyik fikir apa nak main dengan kawan-kawan
di mana tempat yang paling seronok melepak semasa rehat
balik dari sekolah, apakah agenda untuk bermain dnegan kawan-kawan di rumah
budak-budak sekarang pulak
sibuk nak banding harta benda...siapa punya yang lebih canggih
dari sekecil-kecil benda macam sebatang pensel
sehingga lah ke benda yang semahal telefon bimbit
dan semuanya sudah pasti sudah kenal huruf, pandai membaca sukukata sekurang-kurangnya
hidup mereka sudah di acukan dengan slogan kena belajar pandai-pandai
kalau tak pandai maksudnya tak boleh berjaya
so cliche

sebagai orang yang belum punya anak, pastilah kata-kata aku ni bias...
namun, ada kala perlu juga untuk memberi ruang anak-anak untuk keluar dari acuan yang kita sediakan
maksud aku, jangan terlalu taksub dengan kejayaan akademik semata-mata
bagi anak-anak ruang untuk lakukan aktiviti yang mereka suka
memang la anak-anak kecil ni mesti diajar membaca seawal usia yang boleh
tetapi janganlah sampai anak-anak ini dikerah sehabisnya untuk belajar
biarkan mereka bermain, bergaul dengan kawan-kawan
ada banyak pelajaran yang mereka akan perolehi
lebih dari apa yang kita dan cikgu-cikgu sekolah boleh beri
biarlah otak mereka berkembang dengan semulajadi
jangan dipaksa-paksa


apa guna anak belajar bijak-bijak, belajar tinggi- tinggi tetapi akhirnya menjadi kuli orang juga


(habislah kena komen oleh ibu-ibu dan ayah-ayah yang punya anak ^_^)
 


 

No comments:

Post a Comment