well
cuti panjang mengeluh, bila la kerja kat pejabat nak siap
tak cuti langsung mengeluh, bila la dapat rehat kat umah
cuti pendek pun mengeluh, tak puas rasanya berehat kat rumah
kalau rasa panjang sangat cuti, bawa la kerja yang mampu disiapkan pulang
bukannya nak campur adukkan kerja dan keluarga
daripada asyik merungut aje
kan ade faedahnya kalau kerja tertangguh dapat disudahkan
ini tak
kerja tertangguh tak mahu siapkan di waktu lapang ketika cuti
bila di pejabat, kerja bertambun, satu pun tak disiapkan
mula la, merungut lagi...mengeluh lagi panjang
aku bukan nak galakkan semua orang bawa balik kerja
kita kena bagi ruang untuk diri sendiri, berehat daripada kerja
namun, adakalanya kerja yang perlu disudahkan perlu juga di bawa pulang
kerana waktu lapang tu hanya ada ketika kita berada di rumah, bukan di pejabat
berpada-padalah nak bawa balik sekalipun
tak perlu nak angkut semua kerja
agak-agak yang boleh diemelkan, emelkan saja
sedikit pun cukuplah
yang penting ada la jugak tugasan yang beres
jangan sampai apabila bos tanya, melongo
semuanya tak sempat disiapkan di pejabat
sudahlah bekerja lebih masa pun tak mahu
nak bawa balik kerja pun malas
sampai bila nak siapnya
kita ni bukannya ada 1 sahaja tugasan, ada banyak lagi yang perlu diberi perhatian
bertugas dengan bersungguh-sungguh
kerana sumber rezeki tu agak-agaknya halal tak kalau kerja kita sengaja dilambat-lambatkan
ataupun sengaja tak mahu dibawa pulang atas alasan yang macam-macam
tugasan untuk dibereskan dalam tempoh yang ditetapkan
biar rasa berat di dunia, jangan sampai tugas itu dituntut di akhirat sana
tiada jawapan yang boleh membantu nanti
muhasabah
untuk aku, kau dan semua
No comments:
Post a Comment