Sunday, December 23, 2012

menulis

mari kita menulis
tulis report, tulis thesis, tulis apa lagi ek
apa-apa sahaja yang boleh di tulis
kalau kepala sudah kering idea, selalunya kita kan melawat tempat yanga da banyak oksigen
tempat yang tenang, yang banyak pokok, tempat yang redup dan teduh
tempat yang pergi seratus kali pun tak boring
apakah tempat itu?

untuk aku semestinya bukit ekspo
aku suka pergi pagi-pagi, jam 7 pg lepas subuh
udara sgt sejuk...best, cantik sgt
lagipun matahari baru nk keluar, tak panas terik
aku pergi situ jalan sahaja (tetap pakai kasut sukan, gaya cam nak jog)
jalan lah pusing sampai 4-5 kali...pemandangan sama saja, tapi setiap kali lalu mesti kagum jugak
sangat cantik
formasi susunan pokok teduhan
kombinasi warna biru, hijau, coklat yang sangat harmoni
jalan pusing sepuluh kali pun tak berapa nak peluh sebab sejuk (utama tu ^_^)

suasana sebegitu memang sesuai untuk duduk-duduk sambil menulis, tulis apa-apa sahaja
teringat zaman sekolah, gara-gara suka merenung pohon yang rendang di luar kelas, aku pun ada idea untuk tulis sebuah poem
ada la cakap psl nature, kawan aku suka sangat (padahal zaman sekolah aku ni masuk kelas english ketiga daripada 4 kelas, corot kan)
memang dahsyat sangat la time tu, mampu tulis poem sedap cam tu
dan beberapa bulan lepas, bahana mengajar english aku berjaya cipta satu lagi
mungkin salah satu sebabnya aku selalu study literature component sambil menghadap bukit expo barangkali
sampai kepala boleh pulak timbul ilham menulis macam tu
heeeeeeee...gembira bukan main lagi
tapi pada masa yang sama berasa kurang senang
untuk mengarang sebuah puisi bukan main lagi pandai
nak sudahkan tulis thesis punyalah payah...tak siap langsung
tulisan lain tu lagilah, cerita paling panjang baru sampai muka 65, entah bila nak cecah seratus aku pun tak tahu
padahal sudah banyak rasanya yang aku ceritakan, dengan terperinci pulak tu...hmmm



mari sambung menulis ^_^

2 comments:

  1. eh? kenapa takda update dah? tulisan awak best!

    ReplyDelete
  2. eh...ada org baca... *terharu dengan tiba-tiba*

    terima kasih ye awak...

    ReplyDelete