membaca mmg hobi no.1 aku
semua mende aku baca (minus sin chew jit poh, tamil nesan la)
tapi...aku memang x bole baca karya sorang penulis ni tanpa tersentuh hati
dia punya mesej menusuk jauh ke dalam hati
x de yang setakat gelak2 di luar
sedikit sebanyak pasti ada mesej yang sampai jauh ke lubuk hati
skrg pon...tgh mencerna isi novel beliau
pdhal br suku aku baca...sudah sarat perkara yang perlu dimuhasabah dan fikirkan
buat refleksi diri sendiri
sebagai pembaca tegar...aku sentiasa memastikan apa yang aku baca tu bermanfaat
dari segi mesej yang disampaikan, dari segi olahan cerita yang realistik
walaupun bahasa yang digunakan kadangkala tidak menepati piawaian penggunaan kata yang betul
tapi x pe...jika bahasa basah yang biasa digunakan itu menjadikan cerita itu realistik, apa salahnya...
namun, untuk karya bahasa melayu aku lebih gemar buku dengan bahasa skema DBP yang layak diangkat menjadi novel komponen sastera utk di pelajari di sekolah...
aku akan lebih kagum dengan penulis yang mampu memberikan impak suspens, gembira, lucu dan sedih dengan mengekalkan penggunaan bahasa yang teratur dan layak di angkat sebagai karya sastera
dulu-dulu
aku suka baca novel cinta
maklumlah budak2
sekarang...aku tidak sewenang-wenangnya membeli bahan bacaan terutama novel cinta dulu2 tu
skrg ni...aku mmg tgk penulis bila membeli
kebanyakan buku yang aku beli aku pernah jumpa penulisnya (yang malay la, of course)
dan aku memang kenal dan tahu cara penulisan individu2 ini...
hasil karya penulis2 ni sedikit sebanyak mencerminkan bagaimanakah mereka sebenarnya
dan aku cukup RESPECT dgn mereka...
kepada anda yang sy kenali dan sy ikuti karyanya
teruskan menulis...jgn pernah berhenti
kerana setiap mutiara yang tersembunyi disebalik bait-bait kata itu
sungguh aku dambakan dan hargai...buat aku terjaga utk mula mencermin diri
terima kasih kerana sudi kau kongsikan semua itu
lewat karya-karyamu...
No comments:
Post a Comment