Wednesday, May 2, 2012

hatiku...

hati wanita itu lembut, halus
kalaupun ia tercalar...kau pasti tak kan tau dimana calarnya
berapa dalam hirisan yang telah engkau guriskan
kerana di matamu...dia tetap menguntum senyum
tetap memaniskan wajahnya...buat menutup gurisan yang telah engkau tinggalkan

hati wanita itu lembut
keras bagaimana sekalipun
pasti lunak selepas disimbah nasihat ibu ayahnya
nasihat orang-orang yang dihormatinya
pasti akan digenggam erat kata-kata hikmah itu
biar pun dia tahu...pahit sungguh jalan yang bakal ditempuh

hati wanita itu lembut
tak boleh kau sentuh dengan tangan, pasti robek
tak boleh kau sentuh dengan apa-apa alat, pasti tiada respon
sentuhlah dengan hatimu
pasti dia akan bereaksi
subur mekar kasihnya buatmu

hati wanita itu halus
bagaimana mahu memelihara hati yang halus mulus itu
sentiasa memohon kepada Nya Yang Maha Esa
semoga dikurnia kekuatan seberti besi waja
supaya di beri kelenturan persis getah ditempa
supaya diberi kecantikan seperti kembangnya bunga
supaya di beri ketetapan seperti tetapnya gunung terpasak dibumi
supaya diberi hidayah agar tetap mengharap kasih dari Nya


No comments:

Post a Comment