Monday, April 2, 2012

seriously annoying

saya tahu macam mana susahnya keje nak mengajar ni
dah nak masuk dua bulan jadi guru...saya faham sangat dah
cumanya yang saya tak faham ialah...
persepsi orang-orang sekeliling yang masih menganggap kita ni x cukup bagus untuk mengajar...
saya tahu...saya bukan seorang guru terlatih
tapi saya sedaya upaya menyampaikan ilmu yang sepatutnya dipelajari oleh semua murid-murid yang saya ajar
dan setakat yang saya ajar...mereka semua faham dengan apa yang saya sampaikan

cumanya...kalau saya mengajar kelas hujung yang tak reti baca tu
dan budak-budak tu pulak tak pergi program intervensi bahasa melayu
janganlah nak pandang saya terjegil-jegil apabila budak-budak tu berlari macam pelesit tinggalkan kelas masa loceng pertama balik kol 6.47 ptg tu
dan kalau nampak saya kejar budak-budak ni dan hambat dengan rotan pon tak perlulah nak buat muka pelik, dah memang itu tugas saya
waktu budak-budak ni terlepas...sampai tiga kali saya ditegur dalam masa 10 minit...cikgu kelas sebelah, ketua guru disiplin dan guru penolong kanan petang
bila saya gi kejar budak-budak ni supaya tak terlepas...kena tegur jugak...sebab budget cam cikgu disiplin pulak gaya...
kalau semua yang saya lakukan salah...tolonglah utarakan jalan penyelesaian yang paling efektif untuk menangani masalah ni
janganlah setakat terjegil-jegil atau memandang dengan pandangan yang kurang manis
anda bukan sahaja memandang hina individu lain...malahan murid-murid yang memandang perlakuan anda juga semakin memperlekeh guru yang mengajar mereka
saya faham tindakan saya mungkin keterlaluan...namun jika anda punya jalan penyelesaian lain...yang mungkin boleh di guna pakai, sila utarakan kepada saya yang tidak terlatih dengan ilmu perguruan ni

untung menjadi guru tetap
gaji tetap sepjg bertugas...kenaikan gaji setiap tahun dpt
elaun semua bole apply
tiada masalah kewangan langsung
namun...satu sahaja yang kurang

mentaliti masih kelas ketiga

diharap seua ni dapat diubah

No comments:

Post a Comment