Sunday, February 5, 2012

berfikir sebelum bercakap

aku banyak bermonolog
kerana...fikir sebelum cakap
kata-kata yang terluah tak boleh ditarik kembali
perlu ayat-ayat yang berhikmah untuk berkata-kata dengan orang lain
hatta ingin mengatakan pujian, atau kata-kata yang elok juga perlu fikir
mana tahu sang pendengar tergerak rasa riak ke...dah membawa ke dosa

apatah lagi ingin menegur orang lain...lagi lah memerlukan kata-kata yang elok dan sopan
dan aku gagal menjadi pembikin ayat yang bagus dikala hati mendidih-didih
akhirnya, aku bermonolog seorang diri
macam orang gila...tapi tak apa...
daripada aku menegur dengan kasar dan cara yang tak bersopan
lebih baik aku bebel dan telinga sendiri mendengar
dan hati sendiri boleh merasa, jika dilontarkan kata-kata sebegitu bagaimana rasa sakitnya hati

sungguh...ayat-ayat yang muncul dari bibir ini sangat tajam menghiris
andai tak tajam pun, pasti bagaikan terasa tertusuk sembilu sekecil 0.01mm
biarlah hanya telinga ini menadah...kata-kata yang menghiris itu
biarkanlah aku dikatakan gila
daripada aku luahkan secara nyata 
dan menghiris hati, menghancur lumatkan hati sang pendengarnya
dan syaitan pun bersorak keriangan
kerana berjaya menggoda anak adam yang sedang mendidih hatinya untuk meluahkan kemarahan dengan cara yang sangat tak rasional

jika tidak ada perkara yang baik ingin dikatakan, lebih baik berdiam sahaja
diam itu lebih baik daripada mengatakan sesuatu yang tidak baik

dua frasa diatas ini sungguh tepat
lebih baik aku diam sahaja daripada mengatakan perkara yang tidak baik...kan
kerana dalam keadaan mendidih-didih ni, akal kurang berfungsi, nafsu banyak ambil alih sistem tubuh...so kena la stop kan dulu semuanya...pause...
bila dah kembali pulih...barulah ada idea nak cakap dengan elok...
bagaimana nak pastikan akal sudah take over nafsu dalam mengawal seluruh anggota tubuh?
pergilah buat apa-apa yang patut...tenangkan hati...
senang sahaja sebenarnya





dan aku sudah boleh tersenyum semula...akhirnya

No comments:

Post a Comment