Friday, July 1, 2011

apa anda rasa


apa perasaan saya???
saya rasa lega...seriously sangat lega...
mula-mula hadir temuduga rasa menyesal...kerana awal sangat dipanggil
ingatkan hujung-hujung tahun kang baru dia panggil interview ni...hehehehe...
lega kerana masih ada masa habiskan master...hikhikhik...
lagipun untuk jawatan ini, memang tidak mengharap

kenapa x mengharap?
1. dia tgk aku smbg master, terus hrpn utk dpt tu tinggal10%

2. tgk bidang aku smbg master, lg la harapan tinggal 5% 

3. dia siap kata "saya tak rasa awak sesuai untuk jawatan ni" hahahaha...ayat itu bukan setakat provok ye...memang betul dan aku akui sendiri, pe ku blaja lately ni x sesuai lgsg nk digunapakai untuk jawatan itu...tapi nk wat cam mana...dlm byk2 pilihan jawatan, itu aje yg directly link to my degree...balun je letak time isi borang...hahahahaha...

4. soalan dia bagi aku macam aku ni ade dah keje ngan dia bertahun-tahun

5. jawapan aku agak bodoh, kena gelak ngan penemuduga sorg lagi, bodoh pun aku confident je la...hahahaha...jawab soalan kena confident beb...

6. bila aku soal selidik dengan semua orang, memang soalan aku antara yang paling susah la waktu temuduga berbanding orang lain...memang soalan nak kantoikan budak smbg master (aku agak la)...hahahaha...

7. aku terkejut dpt panggilan interview ni, so preparation dalam 20% ja...x baca apa2 pun...so serves me right la...actually bukan la x baca apa-apa...aku prepare semampu yang boleh la, tp biasala tak concentrate sangat pun...sbb tu ku kata preparation 20% ja...

8. sebenarnya kurang berminat dengan environment keje di sana itu (i mean tmpt yg bkl di tuju)...prefer new environment with new faces


nasihat kepada yang bakal pergi temuduga kerja
1. bersedia...bukan sahaja ilmu, tetapi juga mental...ilmu tu wajib lah prepare, kalau tak cam ne nak jawab soalan...yang mental tu sebab mereka akan kuarkan macam2 perkara untuk provok kita, so bersedia...jangan sekali-kali buat muka...dan janganlah terus berubah mimik muka bila di serang dengan soalan tak terjangka...taktik je tu...

2. tenanglah...jangan kelam kabut...byk2 istighfar...betulkan niat anda...tetapkan dalam hati kalaupun x dpt temuduga kali ni, ada lagi rezeki di tempat lain...kalau dah set dalam hati macam tu, insyaAllah takkan ada rasa kecewa dan gundah gulana jika keputusan temuduga mendukacitakan anda

3. pastikan dokumen diperlukan cukup...itu penting, kot tak cukup masalah nanti

4. dah buat semua di atas, jadilah diri sendiri. tak perlulah nak menyamar jadi orang lain pulak. biar penemuduga bertemu dengan diri anda yang sebenarnya. barulah tepat penilaian yang bakal dibuat. jangan nanti anda menyesal kerana terjebak ke kancah pekerjaan yang jauh diluar jangkaan anda pulak ye...sekadar nasihat...kita perlu suka apa yang kita buat, barulah ikhlas dengan pekerjaan yang dilakukan...


semoga anda-anda dapat mengambil iktibar
jangan jadi macam saya...






Redha itu mungkin sangat sukar bagi sesetangah orang, namun ingatlah Allah takkan membebani kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung. Dia tahu kita mampu bersabar untuk menanti sesuatu yang lebih baik yang telah disediakan buat kita. 



p.s masih menanti keputusan temuduga yang kedua

No comments:

Post a Comment