Monday, May 30, 2011

macam2 hal...

weekend yang sangat meletihkan

Exhibit 1
Letih mencari tiket balik Mersing untuk hadiri majlis kahwin sepupu aku. Aku rasa sehabis awal dah aku sampai kat TBS tu, tapi tiket ke Mersing udah habis semuanya. Wahahahahaha. Dan aku ingat nak balik saing ngan Uda Dila and hubby dia sekalinya "Sham pergi Perak la Kak Ija, ntah bila dia balik. Nanti dia balik baru kita boleh balik kampung", pulak dah. Terkontang-kantinglah aku sorang-sorang dan akhirnya aku ambil bas ke Kluang kol 6.30 ptg selepas sessi konsultasi pengangkutan dengan Mas, Achik dan Mak Ngah. Tu pun dapat tiket pergi je tau, tiket balik ku gamble je la nanti.

Exhibit 2
Tujuan asal datang ke Sogo dan Jalan TAR adalah
1. Beli weeding present untuk Lili dan Adek
2. Beli inner jubah for my dress
3. Beli tudung pink, tudung untuk match ngan baju aku yang kebanyakannya warna merah, maroon dan pink cair
4. Usha2 baju raya
Tetapi, hanya tujuan yang kedua sahaja dapat dipenuhi, sebab bila aku berjalan-jalan mencari-cari barulah terperasan harga barang2 di area tersebut sudah melonjak naik. Sangat mahal. Not worth it. So, lagi sekali aku penat berjalan-jalan tapi habuk pun tara

Exhibit 3
Aku tak tido malam sebelum itu. So, sampai je kat Maju Junction, selepas mengusha baju-baju yang berpotensi dirembat untuk hari raya, aku boleh lak tertido di bangku-bangku kat tiang tu. Alamak ai, nasib baik semua jejaka-jejaka yang dok keje kat bangunan belah atas nun semua dah gi solat Jumaat. Malu pulak. Akhirnya aku mengambil keputusan menyambung tidur di surau. Keluar surau je dah dalam 3.30 (orang da msk opis blk, Alhamdulillah tak terserempak sapa2), sebelum tinggalkan MJ, aku beli la sekuk Famous Amos (yang famous sgt mahal tu) dan ice cream dia skali. Aku minta ice cream dia 1 scoop je tp dia kata yang ada 2 scoop je, aku pun balun la. Sekali bayar aku terkujat, ek, ice cream tu dia kira RM3.90 je? Aku beli kat Alamanda 1 scoop RM 6.90, apekah??? Happy punya pasal, senyum memanjang la ku sampai naik LRT

Exhibit 4
Jam baru 4.30 ptg, bas aku 6.30 ptg. Apa aku nak buat kat TBS ni??? Aku pun akhirnya sekali lagi ke surau untuk tido (niat asalnya la). Sekali masuk surau, ramai dak-dak hostel tengah solat, dengan uniform batik yang pelbagai colour, maklumlah dah cuti sekolah. Muka masing-masing naif je. Alhamdulillah, masih ada anak-anak muda yang masih mengutamakan ibadah. Teringat pulak zaman dulu-dulu, aku pun kalau dah terkejar flight, memang kelam kabut la. Dengan beg-beg besarnya lagi, macam 10 tahun tak balik rumah je gaya. Hahahahahahaha...senyum lagi. Akhirnya, aku tinggalkan jugak surau dalam kol 5.30 ptg, g mandi-mandi jap then naik la bus balik.

Exhibit 5
Tiba di Tol Ayer Hitam dalam 9.30 mlm. Destinasi utama, tandas. Entah kenapa, dulu aku tahan je naik bas Satria tu tak pakai sweater, tapi hr tuh, dh pki sweater pun gigil lagi. Sejuk sangat rasanya. Tak tahulah kenapa, sengal-sengal kaki aku menahan ketar, sejuk. Turun bus je memang serang toilet dulu la. Then baru aku ade hati menghubungi Mas, nasib baik tak lama tunggu dia. sekali aku masuk kereta "Jah, kita tunggu Mak Ngah dulu ye. Tadi diorang kata masih kat Labis" mau terbelalak mata aku mendengar kata2 itu. Labis? Wei, aku yang dari KL kol 6.30 pun dah sampai Ayer Hitam, takkanlah korang yang dari N9 tu tak sampai2 lagi. Agak berangin disitu, sebab aku extra penat + extra ngantuk dan mau rehat cepat2. Tunggulah jugak. Akhirnya kol 11 Mak Ngah dan anak2 sampai dan terus sambung perjalanan ke Mersing. Sampai je ke Mersing (12.30 mlm ye), aku rasa aku la orang pertama kuar kereta, hangkut brg2 aku then gi umah Pak Tam. Giler letih, saat2 mau menutup mata (dgn baju tak tukar lagi, beg masih kat bahu) diorang panggil makan. Pucuk dicita ulam mendatang (ewah) aku yang memang kebulur ni melantak tak beringat. Lastly, dapat jugak aku rehat selepas itu.

Exhibit 6
Aku ingat, balik umah Pak Tam ni dapat lah tido dengan sejuk, aman damai. Sekali, no parking la, terpaksa tido atas lantai je, beralas kain batik, berbantalkan cushion sofa dan berselimut sweater aku. Cit porah, lagi satu malam yang sleepless, sejuk tahap tak ingat. Aku jealous nengok Achik aku tido, lena sangat. Alih2 lepas subuh baru berani nak tido, itupun sebab turn ke bilik air tak putus2, tak de chance nak mandi beb.

Exhibit 7
Selepas 2 sleepless night, mata aku macam diagam-gam. Kol 8 pagi, gagahkan diri jugak bangun ke dapur. Mak uteh dah sedia menyiapkan lauk makan berdamai, sibuk sangat dia sampai aku (yang masih tak basuh muka ni) pun jadi kuli dia. "Kak Ija, tolong mak uteh ye sayang. Tolong tengokkan daging kat kuali tu". Aku pun buat je la, nama pun datang umah sedara, kot tak menolong apa-apa biadap namanya. Dari daging, sampai ke sambal, potong-potong sayur, siat2 isi ikan. Breakfast pun aci bersuap ngan Achik je, tangan buat keje. Huh, masam tak yah cakap la. Aku rasa semua yang dok dapur time tu masam2 belaka, hahahahaha. Dalam kol 10.30 pg mata aku tak le tahan. "Mak Uteh, kita kena tidur ni mak uteh. Dah 2 malam tak tido ni". dengan mandat besar mak uteh aku dapat gak msk bilik utk tido, yessszzz. Tak lama pun, dalam sejam je tido nye, aku keluar balik bantu siapkan lauk makan berdamai. Aku dapat turn mandi, waktu tu dah kol 12.30 tghr, wahahahahahaha. Selepas bersalin baju yang agak lawa (konon la) aku kembali ke dapur, konon nak menghias meja makan berdamai la. Sekali "Kak Ija tolong goreng udang ni ye". Terkujat aku, lauk yang dah ready untuk diangkat hanya daging dan hati je. Apekah? Kejap lagi pengantin datang. Dengan baju yang lawa itu jugakla aku menyinsing lengan baju, dan menggoreng sebesen udang. Elok habis separuh besen udang aku goreng, elok kompang bunyi pengantin sampai. Tak pernah seumur hidup aku, pengantin sampai lauk makan berdamai tak siap lagi.

Exhibit 8
Siap keje didapur lebey kurang 3 ptg lebey3, termasuk la hal membasuh bekas2 + kuali2 + senduk2 + sudip2 + mangkuk pudding dan kek (Untuk pengetahuan, lauk kenduri disediakan oleh org2 rewang ye, kami di dapur hanya sediakan mknn utk sedara mara dan makan berdamai sahaja).Wahahahahaha. Baru aku sempat keluar, tengok pengantin, tengok pelamin, tengok meja makan berdamai. Giler letih. Then aku pun dok la saje2, makan2, lepak2. Sekali dah kol 4.30 tu  nak kemas2 tapi aku dah letih sangat, dok je la kat beranda sambil makan kerepek ubi. Aku perasan ade beberapa mata yang tak berpuas ati melihat aku yang bersenang lenang. Dalam hati aku kata, lantaklah lah kau tak suka ka, apa ke. Tadi waktu kelam kabut kat dapur haram aku tak jumpa muka kau. Nasib la, sekarang kau pulak buat kerja, aku relax. Huh, dah datang jauh2, sacrifice masa, tenaga, wang masih ada lagi orang tak puas hati. Aku malas nak layan. Peduli la kau sana. Yang aku tahu, aku dah jalankan tanggungjawab jadi wakil Pak Uda n Mak uda (mak ayah aku) datang dan bantu kenduri ni seadanya. Pak Tam pun tak bising, kau apa ku kisah.

Exhibit 9
Memandangkan 'waiting list' yang sangat panjang untuk mandi, aku pun mengambil keputusan untuk tido, kat sofa kayu je pon tapi memang tenang aman damai je. Sekali bangun, laju je tangan amek kain batik dan segala2 nk bw mandi sekalinya "Kak Ija dah bangun ye. Belum habis turn lagi la Kak Ija" aku punyalah terkejut. Berapa lama diorang ni mandi. Aku tido lepas maghrib, sampai kol 10.30, ade lagi org mandi. Hadeh, turn mandi aku kol 11.15 mlm, dinner at 11.45 and tdo kol 2 pagi. Kenapa 2 pagi? Sebab aku cari tmpt parking x jumpa dan terpaksa tdo sblh dak kecik (aku risau penyek je dak tu aku lenyek), sekali pulak budak tu dr kol 12 smpi kol 2 pg muntah2. Sian aku nengok. Tahan je la mata, bantu gak si ibu tu urus anak kecik dia. Dah tdo tetiba aku rasa ada tangan kecik peluk aku dari belakang, aik dik, aku bukan ibumu. Aku pun pusing slow2 then dak tu on the spot tgk aku, skali bukan mak dia, dia cm nk jerit je tapi aku pun usap2 blkg dia, pusingkan dia arah mak dia. Kelakar je rasa...ada aura mak2 dh aku ney...hahahahahaha...

Exhibit 10
The morning (pagi tadi), ku ingat leh pakai jeans nak balik sekali "Ija pakai baju kurung tau, ada dua rumah lagi nak pergi ni. kat simpang dengan kat renggam". Aku dah Hah, sib bek de spare baju kurung. Sib baik lepas subuh terus mandi, iron baju, siap2 dan gi la jemputan umah pertama selepas meninggalkan Mersing dalam kol 10 pagi. Dah tengahari gak la, sampai Simpang Renggam, sekali nak ke umah kedua tu singgah beli tiket balik KL. Sekalinya habis. Hampas. Kereta lak buat hal, hampeh. Last2 selepas hampir 45 minit dibengkel, kami (penghuni kete rosak) kena gi Kluang cari tiket, kete satu lagi gi kenduri. Alhamdulillah dapat gak tiketnya. Kol 6.30 gak, sementara menunggu, kami jalan2 di Kluang Mall dan gi Umah Mak Cik si Sham tu. Naik je atas bas, adoi sedey. Bas uzur nak mampus, lepas tu boleh pulak seat x leh tegak. Dah macam baring ku rasa. memang tak syok tdo, tak sejuk lgsg, perjalanan tak best. Nasib baik td pakcik drebar mau jugak stop dekat hentian Serdang tu ha. Save masa tgu komuter. Lepas member amek aku g beli mknn, blk, mandi, mkn, cr hotel (on9) utk en future hubby mao stay waktu dia interview (rabu ni) dan macam2 lagi. Sekarang aku da tak ley tdo, da lewat sangat.

sila berikan sepuluh sebab kenapa saya tk perlu rasa letih???

Sinonim
saing = sama2 = together
dak = budak = children (everyone below 17)
makan berdamai = makan beradab

Latar Tempat 
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) + Sogo KL + Jalan Tuanku Abdul Rahman + Maju Junction + Tol Ayer Hitam + Felda Nitar 1, Mersing + Taman Damai, Simpang Renggam + Pekan Simpang Renggam + Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Kluang


Latar Masa
9.30 pg, Jumaat, 27 Mei 2011
11.45 mlm, Ahad, 29 Mei 2011

No comments:

Post a Comment