Thursday, November 5, 2009

sedih...

sedih...
kenapa perlu sedih...

sedih apabila kehilangan sesuatu yang aku rasakan sangat berharga...walaupun benda tu tak de lah penting sangat untuk aku tetapi tetap terasa kehilangannya...entahlah...minggu ni memang minggu yang sangat emosional untuk seorang khaf...sangat menyedihkan

aku sedih apabila melihat kolej bakal sunyi lagi sempena cuti semester yang telah tiba...cuti maksudnya tiada lagi aktiviti latihan di setiap selasa dan jumaat malam...tiada lagi perkumpulan setiap khamis malam...tiada lagi perkhidmatan bas yang efisien...juga tiada lagi lampu-lampu yang menyala di setiap bilik dan koridor pada malam hari...sunyi dan sepi...dan scary...huhuhu..aku rindu zaman-zaman riuh rendah itu...

aku sedih apabila bakal pulang ke Johor sempena 'Aidiladha tahun ni...sudah tiada lagi senyuman manis yang menyambut kehadiranku...dan tujuan utamaku pulang juga bukanlah untuk meraikan 'Aidiladha...tetapi untuk menziarah pusara arwah nenek yang telah sangat lama aku tinggalkan...sedih sangat bila mengenangkan arwah...ku lihat sepertinya aku sahaja yang masih sangat 'care' dengan arwah sehingga salah seorang sepupuku berkata "kak ijah ni asyik tanya pasal perihal arwah atuk je, tak tanya langsung tentang kami,"...la...dah namanya setiap kali telefon susah bebenor nak di angkat, jadi aku 'assume' diorang semua busy la...nak tanya apa lagi...tapi hal arwah nenek tu, siapa lagi yang nak ambil kisah kalau semua orang dah sibuk, aku lah...
entahlah...sebenarnya semenjak pemergian nenek aku awal tahun lalu, aku sudah tidak punya sebab untuk kembali ke Johor...entah kenapa aku berfikir begitu...ku rasakan hanya arwah nenek lah yang mengikat aku untuk pulang ke sana...namun kini sesudah ketiadaan arwah, sudah tidak ada siapa yang boleh aku lawat lagi...keterikatan dengan kampung tu sudah tiada...hinggakan yang aku maksudkan kampung itu adalah rumahku di Sabah sana...ironi bukan??? bagai kacang lupakan kulit...tapi itulah hakikatnya...

aku sedih apabila mengenangkan sikap kita (orang melayu) ketika menghadapi peperiksaan...tak kira la yang tua atau yang muda, ramai yang tak mengendah arahan yang di beri...seolah-olah arahan di beri untuk dilanggar...beginikah sikap kita???...kalau yang mengambil exam tu bakal bergraduat dengan PhD dan menjadi pensyarah, itukah contoh attitude seorang pensyarah???...apabila student meniru dalam exam awak marah tapi awak dulu waktu jadi student pun sama je perangai, meniru jugak...bagaimana nak mengajar pelajar supaya tak meniru jika kita juga berjaya melalui 'penipuan'...susah...ini impak dari mentaliti masyarakat kita...hanya mahu melihat result yang dipenuhi 'A' semata-mata...sedangkan kita tak tahu bagaimana caranya 'A' itu diperoleh...tak perlulah menipu orang lain...jujurlah, terutamanya dengan diri sendiri...tak guna aku dapat A tapi bila orang tanya tak mampu nak menjawab persoalan yang ditanya...apalah maknanya A itu...cubalah untuk jadi diri sendiri...jika kita tak tahu dan tak pandai memang itulah kita...usahakanlah untuk dapat yang terbaik walaupun resultnya biasa2 sahaja...that's the beauty of being honest...apa pun yang kita peroleh pastinya memuaskan hati sebab itu semua adalah hasil usaha kita sendiri...berbaloi bukan...

sudahlah dengan kesedihan-kesedihan ini...nasib baiklah aku memang sibuk utk bulan ni dan bulan depan...tak de masa nak melayan kesedihan-kesedihan yang ku rasa...

2 comments:

  1. salam...hi dear...la tahzan..sentiasalah ingat, setiap yg terjadi ada hikmahnya. pasti ada. insya Allah. happy selalu, be strong and face the world. ok??

    ReplyDelete
  2. tq dear...
    verily after each difficulty there's a relief
    (Al_insyirah:8)

    ReplyDelete