Tuesday, October 13, 2009

kenapa saya suka baca novel part 2

wah...siap ada part 2 lg topik ni...kenapa saya suka baca novel...
aku suka membaca...novel ke...mags ke...apa-apa yg ada depan mata yang boleh dibaca...tp klu bahan bacaan yang dibeli banyaknya novel dan majalah...buku ilmiah ni kurang la sikit...tp ada la jugak...

aku suka cari novel yang boleh bagi banyak input dalam satu buku...input tu bergantunglah jugak...ada sesetengah penulis yang menekankan pengalaman hidup yang dilalui ni takkan selamanya manis seperti yang kita impikan...ada yang menekankan nilai-nilai kemasyarakatan sebagai elemen utama dalam membentuk hidup yang rukun damai...ada yang menjadikan asas agama yang kukuh sebagai tunjang untuk mencapai kebahagiaan...ada yang mengajak kita berfikir dan bermuhasabah tentang keberuntungan yang ada pada diri dan sekeliling kita...

walau apa pun elemen dan unsur yang cuba diketengahkan...ada satu matlamat yang cuba disampaikan oleh penulis-penulis ni...hidup ni bukan seperti yang kita impikan...hidup ni macam roda, kadang kita di atas kadang kita dibawah...hidup ni macam roller coaster, kadang kita menjerit suka bila kita menuruni landasan dan berdebar-debar bila menaiki cenuram...hidup ni pentas, kita merupakan pelakon yang berusaha sehabis baik menjayakan watak yang diberi dan Allah sebagai pengarahnya...dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan, kita harus bijak memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri...hidup ini bagaikan layar perak, kita bebas menyaksikan apa sahaja yang terpampang di hadapan mata dan terpulanglah sama ada kita mampu mencerna mesej yang cuba disampaikan...hidup ini memang ada jatuh bangunnya, ada asam garamnya, ada pahit maungnya, ada suka dukanya...tinggal kitalah yang menentukan apa yang terbaik yang boleh kita capai dalam hidup kita...

kata hlovate dlm Rooftop Rant

Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari! Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu! Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a
bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas


kata Xarine dalam Bintang-Bintang ke Syurga

Cinta tidak pernah mematikan tetapi nafsu, ya! Sesungguhnya cinta Ilahi cinta yang menghidupkan! Cinta Ilahi cinta yang menggalangkan seluruh penciptaan. Cinta Ilahi cinta yang ikhlas. Tanpa mengharap balas menganugerahi roh-roh cinta ke dada hamba.
Ayuh, marilah kita bercinta. Biarkan yang jahat. Masih ada manusia mahu menjadi manusia. Timbanglah amal di neraca kemaslahatan semua manusia bukan keenakan sendiri.
Allah memberikan agama kerana tanpa agama manusia pasti takkan sepenuhnya menjadi manusia. Sah ke atas semua. Penciptaan ini diimbangi hitam dan putih, positif dan negatif, baik dan jahat. Tanpa kedua-duanya, ia runtuh terus. Kehebatan akal ada kekurangannya. Kekuatan jasad ada kelemahannya.
Graviti itu menyeronokkan di padang bola, graviti yang sama membunuh perempuan-perempuan putus asa kerana cinta. Hingga terburai otak dan darah di kaki rumah pangsa. Graviti yang melihat lalu menangis. Tetapi apakan daya, perintah Allah lebih utama. Tiada saat berlalu tanpa graviti bertasbih ke hadrat Tuhannya. Apakah ada yang mampu melawan qada dan qadar Allah?
Hanya Dia, kun fayakuun.


kata saidatul saffaa dalam Kemilau Mutiara Raudhah

biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi

Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.
Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

kalau aku boleh dapat banyak hanya dengan membaca tiga karya di atas, bayangkan kalau aku baca lebih banyak novel yang seumpamanya...bukankah aku sudah mengumpul sebuah gedung ilmu yang sarat dengan pengajaran

fikir-fikirkanlah...pembaca seperti aku ni bukanlah membaca untuk melayan rasa jiwang semata...tetapi melihat dunia melalui kaca mata dan perspektif pandangan yang berbeza-beza

jazakallah

Sumber petikan novel: JS novel review
Kemilau Mutiara Raudhah, 6 Oktober 2009

Bintang-Bintang ke Syurga,13 Julai 2009
Rooftop Rant, 30 Mac 2009

No comments:

Post a Comment