Thursday, May 21, 2009

kemalangan, suratan atau kebetulan...

minggu lepas aku balik ke rumah mak ngah di Puchong...kehilangan purse dan handphone...sedih sgt...nasib baik aku dah asing duit tambang siap2 dlm poket...ini aku tak tahu nak define sbgi kecuaian atau kemalangan...aku prefer kemalangan...utk mengurangkan rasa bersalah diri sendiri...

kenapa semua orang tua-tua yang aku sayang pergi tahun ni???huisy...bukan nak mempertikai kehendak Allah...cuma aku terkilan sahaja...serasa masih belum puas nak bermanja dgn kedua-duanya....serasa baru semalam ayah memarahi aku kerana biadap terhadap kedua-duanya...serasa baru semalam aku melentokkan kepala di atas pangkuan mereka...meminta mereka membelai lembut rambutku...serasa baru semalam aku memohon maaf kerana harus pulang ke kampus utk meneruskan pengajian walaupun mereka mendesak utk duduk lebih lama di rumah mereka...serasa baru semalam aku mendengar mereka membebel kerana aku malas buat kerja rumah ketika bercuti di rumah mereka...serasa baru semalam aku mendengar khabar yang mereka sakit...serasa baru semalam aku mengurut kaki mereka dan menasihati jgn ligat sgt sbb dah tua, dah tak larat...dan omelanku hanya di sambut dgn senyum dan kata aku sihat lagi la...serasa baru semalam aku mengucup dahi keduanya selepas selesai dikafan...serasa baru semalam aku mendengar lafaz talkin utk mereka di tanah perkuburan...aku rindu mereka...aku sayang...namun tak terzahir dgn perbuatan...tak terluah dgn kata-kata...tak tahu harus bagaimana aku salurkan rasa ini...

aku seolah-olah sudah lali dgn berita kematian...kenapa???aku sendiri kurang periksa...mungkin kerana aku rasa aku sudah mampu merelakan pemergian mereka...walaupun masih berbekas dihati sesetangah perkara...namun siapalah kita hendak menghalang kehendakNya...

kedua-dua orang tua yang aku sebut ni berbeza langsung...yang satu pergi awal tahun...nenek kesayangan...di Johor...yang baru-baru ni nenek saudara...yang aku agak rapat...yang paling banyak memberi nasihat...di Klang...kebetulan barangkali...mereka saling mengenali dan saling memahami aku kira...ketika dikhabarkan pemergian nenekku di Johor, nenek saudara ni hanya mampu mendoakan dari jauh dan mengucap takziah kepada aku dan keluarga...ketika pemergian beliau di Klang pula aku pula yang menyedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buat dia...

smpi sini dulu kisah dukaku...nnti2 smbg cerita yg ceria pulak...=)

No comments:

Post a Comment