Thursday, April 16, 2009

andai cinta itu hendak diberi...

Andai sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;


1. Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran bukan dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama ketika bersukan. Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda peling miskin tetapi paling bertaqwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.


2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w bersabda; "Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika kamu tidak melakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah

Ukur apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.


4. Amanah

Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.


5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.


6. Tidak Mengelingas Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.


7. Terbatas Pergaulannya

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu tidak mudah menjadi fitnah orang.


8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan pergaulan adalah sama sepertinya


9. Bertanggungjawb

Rasa bertanggungjawab boleh diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah, dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.


10. Tenang Wajahnya

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang kala terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.




Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat


Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah


artikel dr iluvIslam...

artikel ni ku post disini utk semua kaum wanita diluar sana...buat peringatan diri sendiri juga...terutama yang hendak bertunang/berkahwin...semoga pilihan kita ni tepat...insyaAllah...

utk dpt lelaki 'seideal' ini...kita sebagai wanita kenalah 'ideal' jugak...bukan hanya pada agama,akhlak dan rupa tetapi juga secara keseluruhannya...

memanglah manusia ni tiada yang sempurna...diri kita sendiri byk kekurangannya...so jgnla cari lelaki yang perfect utk dijadikan suami...carilah lelaki yang mampu melihat kita sempurna wlupon hakikatnya kita ni byk kekurangan...kerana kekurangan2 ni la yang buat kita ni sempurna sbgi manusia...bukankah lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain...jadi jgn lah khuatir dan risau...berdoalah...semoga dgn rahmat dan kasih sayangNya kita bertemu pasangan yang melengkapi diri kita...Amin


No comments:

Post a Comment