Tuesday, April 21, 2009

aku...smlm...hr ini...esok...

aku yg semlm
masih berlari-lari di depan pagar rumah
berbaju putih kain biru gelap bertudung jahit tengah
gembira...ceria...tiada gundah gulana...

aku yg semlm
merantau jauh seawal usia remaja
demi memenuhi ilmu didada
suka duka pahit manis tiada yg mendengar cerita
hanya pada bayu ku titip pesan rahsia
ingatkan aku suatu hari nanti andai aku terlupa

aku yg semlm
megah menjinjing keputusan yang membanggakan
tetapi kurnia Tuhan itu tiada terbandingkan
ke tanah tumpah darah aku kembali
meneruskan perjuangan...berpatah arah tidak sama sekali

aku yg semlm
hampa dgn diri sendiri
bagai tiada pilihan lain yg boleh diisi...
tiada mimpi manis ke menara gading lagi...
tapi...kuasa Yang Maha Esa mengatasi segalanya
langkah ku terus mara...ke puncak menara

aku yg semlm
menggalas harap dua orang tua...
tak mahu berpaling mengenang yang sudah-sudah
azam ku tanam hingga ku gapai yang di cita

aku hari ini
masih tegak berdiri
meski ranjau berduri harus diharungi
aku akur...aku pasrah
jika inilah jalannya...akan ku tempuh
biar bermandi darah...

aku yg esok
tak tentu teguh lagikah kakiku berdiri
tak tentu mampu lagikah menanti
tak tentu bolehkah menanggung semua ini seorang diri
tak tentu masih bisakah meluah pada sang bayu lagi
lalu...aku hanya mendengar, merasa angin bayu itu menyapa
membisik kata...mengingatkan aku
rahsia yang kukongsi dengannya dahulu...
rahsia suka dukaku...yg tak pernah sesiapun tahu

No comments:

Post a Comment