Thursday, June 28, 2012

-mungkinkah~

baru sahaja menulis tentang mereka
tetiba...awal pagi ini
aku sudah terdetik untuk meninggalkan mereka

aku sebenarnya sudah tidak betah melayan karenah semua orang
aku yang sering menjadi 'secret sink' utk semua orang
tetapi sentiasa menjadi yg terakhir untuk mengetahui semua perkara
tidak...aku tidak rasa terkilan kerana itu
aku rasa terkilan...kerana
setiap kali berita itu tiba
aku tidak pernah menerima secara langsung dari tuan punya badan
semuanya...hanya daripada mulut orang
baca history? ingat perkara yang baru berlaku itu sudah dibukukan dan disahkan kesahihannya hanya dalam masa beberapa saat
apabila dihubungi secara peribadi...talian tidak diangkat
mesej tidak berbalas
dan akhirnya...aku juga yang di katanya tidak mengambil berat
aku dengan hal aku sendiri
bagaimana aku mahu tahu semua itu
jika engkau yang aku hubungi...juga rasa tidak merasakan penting untuk aku mengetahui perkara tersebut

ya..itu resam berada di sana
aku tahu
cuma...aku mohon pengertian
diamnya aku...bukan rajuk
diamnya aku...bukan tanda aku angguk kepala setuju
diamnya aku...bukan kerana aku silap
diamnya aku...tak bermakna aku kalah dengan kamu
diamnya aku...kerana aku tak mahu mengeluarkan kata-kata yang menghiris hatimu
diamnya aku...kerana aku tak mahu terluah rahsia yang selama ini ku genggam erat...
diamnya aku...kerana aku sudah tidak mampu bertikam lidah atas alasan yang sebegitu
diamnya aku...kerana aku rasakan aku tidak penting dalam hidupmu

setiap momen penting..pasti akan ku beritahu
dari butir bicara yang keluar dari mulutku sendiri
setiap kegembiraan...segala kebimbangan...tidak ada sesiapa yang menyampaikan kepadamu
melainkan diriku sendiri
namun, tiada satu pun berita gembira atau duka yang kau sampaikan secara terus kepadaku
semuanya dari mulut orang
yang semuanya berkata kita ini bersahabat rapat

maafkan aku kerana kurang peka tentang masalahmu
satu ketika yang lalu
kau sentiasa meluahkan apa yang kau rasa
rela...tanpa dipaksa
namun kini...aku bukan siapa-siapa untukmu
kau sudah punya ramai kawan yang boleh kau sandarkan kepercayaan

aku sering mengingat pesan seseorang
begitu dia mempercayai aku...tidak langsung ada cemburu untukku
katanya..apa-apa yang terjadi..aku wajib dan perlu ada...kerana aku sahabat rapatmu
tersentuh hatiku, mendengarnya

aku tahu aku begitu pentingkan diri di matamu
namun aku sudah tidak mahu kehilangan seorang lagi sahabat
sahabat yang aku sayangi...sepertimu
 aku lebih rela kehilangan kekasih hati...tetapi tidak kamu sahabatku
dan airmata pon menitis ke pipi seperti rintik hujan jatuh ke bumi



saat entry ini ditulis...aku masih lagi menitiskan airmata
mengingati
cinta tak semestinya bersatu

5 comments:

  1. mama jgn nangis... :) lia syg mama... dlu now n 4ever..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. porke porke porke miamorrr... hik3x... :P

      Delete
  3. thanks ali...lia...
    jgn risau..x dak pa pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 :) muuaahhh tata... lia nk alek umah dh~~ tc ye

      Delete