Wednesday, December 21, 2011

to you

post ini ditulis selepas membaca tribute cik Hazierah Helmey dalam blog beliau
si dia itu...represent someone yg istimewa utk dia...
hmmm...let see...sape yang istimewa di hati saya

1. Yang berada nun jauh di mata, tetapi sentiasa rapat dan lekat di dalam hati
Tidak lain tidak bukan, kedua orang tua yang berada di Borneo Utara. Kalau nk tulis semua yang saya rasa tentang mereka, panjanglah post ni jadinya. Senang cerita, segala yang terbaik yang berlaku dalam hidup saya, saya hadiahkan buat mereka berdua. Segala yang baik-baik yang ada pada saya, semuanya hasil didikan dan tunjuk ajar mereka. Segala kesilapan dan kesalahan saya, merekalah orang pertama yang akan memberi teguran dan ingatan. Dan dikala saya keseorangan, cukup hanya dengan mendengar suara mereka saya sudah rasa seperti berada di dalam majlis yang dipenuhi gelak tawa orang ramai. Mereka terlalu istimewa untuk diungkap dengan kata-kata.

2. Yang nampak sepert tak kisah, tetapi tetap menyalurkan kasih sayang dari jauh
Mereka sudah punya kehidupan sendiri, malah diduga dengan pelbagai cubaan. ketiga-tiganya tidak pernah bertanya secara terus, bagaimana saya melalui hidup kini. Namun, saya dapat merasakan mereka tetap melimpahkan sayang yang tak terhingga kepada saya. Walaupun, setahun sekali belum tentu berjumpa, saya tetap yakin mereka mengharapkan saya dapat mengecap impian yang selama ini mereka tidak mampu gapai. Dan saya yakin bebelan juga nasihat yang diberikan semuanya untuk melihat saya hidup dengan lebih bahagia. Untuk kamu di Pelabuhan Klang, Kota Kinabatangan dan Permatang Pauh...teruslah titipkan rasa kasih dan sayang itu melalui angin semilir yang berhembus...kerana, walau tanpa sepatah kata pun, saya tetap merasai kelembutan kasih sayang yang kamu hulurkan.

3. Yang ramai, yang bersama disisi saya...yang telah agak lama saya tinggalkan
Terima kasih tidak terhingga untuk anda-anda semua. Saya ini bukan siapa-siapa kalau nak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anda semua. Namun, saya masih diterima, di kasihi. Aduhai, adakala saya rasa saya ini terlalu jahat untuk berdamping dengan anda semua. Terima kasih...itu sahaja ungkapan yang mampu saya luahkan untuk anda...

4. Untuk mereka yang saya sakiti, di Selasa dan Jumaat malam
Saya kasar dan tegas orangnya, mohon maaf andai itu menyesakkan jiwa kamu sepanjang 2 jam kita bersama. Namun ketahuilah, itulah sahaja yang mampu saya lakukan. Saya tidak akan sentiasa berada disisi kamu dan membetulkan apa yang kurang betul. Kamu sendiri akan berhadapan dengan situasi genting itu sendirian, tanpa ada orang seperti saya membantu. Teguran dan bebelan itu bukan untuk menyakiti kamu, tetapi untuk bagi kamu sedar yang jangan leka di dalam 2 jam itu. Sekali leka, terlepas semuanya, dan yang rugi hanyalah kamu sendiri. Fikirkanlah, usaha untuk berfikir seperti kami-kami yang berusaha membantu anda. Kami sudah lalui semua yang kamu lalui, malah lebih teruk lagi dari apa yang kamu rasa. Kenapa saya masih berada di situ, tiada siapa pernah bertanya bukan. Kerana kamu, kerana saya mahu ade yang menyambung apa yang saya lalui....itu sahaja

5. Mereka yang memberikan pengisian rohani, untuk santapan jiwa
Anda semua sangat saya kagumi. Semua yang mahmudah jelas terpancar dari perlakuan, tutur kata malah riak wajah anda. Subhanallah...saya dikurniakan sekelompok individu yang sudi membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Berada di kalangan anda buat saya sentiasa tersenyum. Semuanya membahagiakan, semuanya yang baik-baik sahaja. Kalian, terima kasih atas pengajaran yang sangat bermakna itu...saya sangat hargai perhatian, perkongsian dan kasih sayang yang anda salurkan.






this tribute should be longer...but i cut it short
its been a while since i wrote a new entry
well...i guess its the 'new-and-improved' me version

1 comment: