Friday, September 23, 2011

rezeki ada di mana-mana

di kala kontrak dh hbs
dpt berita gembira...Alhamdulillah
dlm 2-3 bln ni mungkin aku kesempitan wang la kot...menganggur...heeee...
tp berita yg br dpt td sedikit sebanyak menceriakan aku yang sedia bermuram durja semenjak dua menjak ni
Alhamdulillah...lulus exam, buat pertama kalinya lulus selepas dua kali interview yang gagal...

sebenarnya selepas kegagalan 2 interview yang telah berlalu, aku tiada menyimpan harapan untuk lulus dalam peperiksaan pegawai kerajaan ni...
tanpa di sangka...br check result td...ada rezeki...
Alhamdulillah...berita gembira...
namun, itu baru langkah pertama...ada 2 stage lagi yang perlu dilalui sebelum bergelar pegawai kerajaan
mungkin itulah sebabnya aku gagal 2 interview itu...rezeki di tempat lain rupanya...
tak sia-sia mengorbankan sesi demonstrasi perdana silat di batang kali semata-mata menghadiri exam
Alhamdulillah...syukur...

selepas ini akan ada PAC...
kalau ikutkan...ini stage keduanya...
menurut pengalaman seorang rakan, ini stage yang agak susah
sebab semua aspek peribadi, nilai dan sahsiah akan dinilai sepanjang dua hari PAC
tak ketinggalan aspek fizikal...
perlu bersedia mental dan fizikal

apapon...semua ni sebenarnya berkat doa ibu ayah
yang tak jemu mendoakan kesejahteraan anak mereka
mereka agak kecewa jugak selepas mendengar kegagalan 2 interview yang lepas...
hik3...inilah kot anugerahnya
namun, aku masih ingatkan diri sendiri...
belum tentu lepas untuk stage kedua ni...
pasti dugaan dan cabarannya lebih besar...
dan kepada Allah kuserahkan segalanya...

rezeki Allah ada di mana-mana
tinggal kita usaha nak cari atau x je...





teringat rakan-rakan yang mendapat tawaran kerja di merata tempat...ada di semenanjung, sabah, sarawak, hatta sampai ke oversea sekalipun...itulah namanya rezeki kan...

No comments:

Post a Comment