Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan + Ogos

kali ni bulan Ogos dari awal sampai akhir berada dalam bulan Ramadhan
Alhamdulillah...bersyukur sangat...ini kali kedua menyambut hari kelahiran di dalam bulan yang penuh barakah ini...
sejuta kesyukuran ku ucap setiap hari, terima kasih Allah kerana masih mengurniakan nyawa untuk aku terus beribadah di muka bumimu ini
kesyukuran itu dipanjangkan lagi kerana tahun ini keluarga kami mampu berkumpul di rumah menjelang hujung Ramadhan, Alhamdulillah
terasa Ramadhan kali ini seperti yang terakhir akan diraikan di kolej
mungkin selepas ini sudah tidak merasa kehangatan berpuasa seperti sekarang ini

dan rasanya kali ini x banyak berbeza dengan tahun sudah
siang yang sunyi (aku rasa la sebab semua sibuk keje) dan malam yang meriah
rasa sebak tu yang lebih sebenarnya
usia semakin meningkat tetapi amalan masih seperti itu juga, kadang naik kadang turun
Ramadhan kali ini pun, tak penuh berterawih di surau
terpaksa berterawih sendiri di bilik beberapa kali
sedih juga terasa, tapi nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan
lagipun, aku ni sudah terlalu tua barangkali
sedang aku berdiri di saf tambahan di surau, adik-adik lain memandang pelik
tidak pernah berjumpa barangkali...heeeeeeeee...sudah terlebih lama duduk di kolej, begitulah

sudah tidak tahu mahu berkata apa-apa
hanya mampu tersenyum, senyum dan senyum
Ramadhan kali ini membawa seribu erti
sendirian itu tidak bermakna sunyi
berjemaah itu tidak membuktikan meriah
hanya jiwa yang mampu menelah apa yang di rasa

No comments:

Post a Comment