Monday, July 25, 2011

muhasabah

setelah begitu lama aku tinggalkan, akhirnya aku kembali
tepat 9.45mlm, kaki melangkah masuk ke Surau Orion utk sertai adik2 usrah
ngeeeeeeee...dah almost 9 months leave aku amek...
x reti2 nak turun usrah
ni br lah tergerak hati nak turun semula
walaupun dah terlepas sirah tentang Aisyah r.a difitnah ketika kembali ke Madinah bersama seorang muslimin yang di bacakan oleh ruby
i'm still not late for the main course...tentang hak-hak Allah
tentang syahadatain
tentang keyakinan terhadap syahadatain itu sendiri
dan...disinilah fungsi ilmu sains yang telah dipelajari perlu diaplikasi
tentang bagaimana mahu yakin dengan kewujudan Allah yang tidak pernah dilihat sesiapapun...
bukankah diri kita ini sudah cukup membuktikan kebesaran, keagungan dan ketinggian ilmu Nya???
bagaimana tubuh manusia ini berfungsi...bagaimana setiap organ2 penting dalam badan ini berfungsi tanpa kawalan langsung manusia...bagaimana organ2 tersebut tahu menjalankan ratusan fungsinya tanpa gagal setiap saat...and the hows continue...

dan penjelasan paling logik aku jumpa adalah melalui jawapan Ust. Hasrizal Abd Jamil...
ketika beliau menjawab soalan seorang pelajar tentang kenapa manusia x dapat melihat Allah
jawapannya lebih kurang cm ni la (ada dlm blog beliau, dan majalah solusi, klu x silap)
kot tersalah harap betulkan ye...
Allah jadikan mata manusia boleh melihat objek melalui cahaya
objek yang terkena cahaya akan dipantulkan masuk ke dalam kornea dlm keadaan terbalik
dan imej ini diterbalikkan semula apabila dipancarkan ke dalam retina
dari retina, signal akan dihantar ke otak utk mentafsir apa yang di lihat
dan kita akhirnya tahu apa yang dilihat
dan...mata manusia hanya mampu melihat objek dalam cahaya tampak sahaja
iaitu dalam julat frekuensi gelombang cahaya tertentu sahaja
kita tak dapat melihat objek di bawah pancaran cahaya ultraviolet (UV) ataupun infrared(IR) tanpa alat bantuan penglihatan
see...bertapa terhadnya pandangan mata manusia sebenarnya...
persoalannya sekarang, bukan kita tak boleh melihat Allah
tetapi kita tak mampu nak melihat Allah...

so...nampak tak betapa superior Allah itu sebagai pencipta seluruh alam...kuasa Nya tak terbanding...dan syahadatain itulah bukti kita mengakui bahawa hanya Allah tuhan yang di sembah dan Muhammad itu pesuruh Nya...
memelihara syahadatain itu perlu, kerana dengan ucapan dua kalimah syahadah itulah kita declare diri kita Islam...
syahadatain itu bukan setakat ucap akad dibibir...tapi pengakuan tulus ikhlas dan yakin dengan pengertian yang dibawa bersamanya...
cukup dalam rasanya kalimah tersebut, bersamanya terpikul tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah

ngeeeeeeeeeee
br td blaja blk semua ni
tu pun, dh terlepas 4 sessi
sib baik adik2 recall balik utk akk diorg yg dah tua bangka ni
heeeeeeee...



penjelasan Ust Hasrizal ttg kenapa kita tak dpt melihat Allah itu mungkin sedikit berbeza dgn apa yang beliau terangkan, tetapi mksd yang hendak disampaikan sama...harap maaf jika ada sedikit ralat di situ

No comments:

Post a Comment