Thursday, June 17, 2010

aku-saya-ana

sedang laju menulis...
menulis paper untuk submit
dah dapat markah tapi papernya tak hantar-hantar lagi

sedang sibuk buat testing
physical,mechanical...huhuhu
dengan sampel yang tak berapa nak cukup tu

sedang serabut kepala ni
dah berpage-page result SAS aku belek
pening kepala tengok semuanya lari dari yang asal

sedang sedih menanti
masa yang sesuai nak ambil data
dua jam sekali kot...memang kena stay back kat lab la macam ni...

sedang membaiki isi blog ini
pabila api bertemu angin dihentikan siaran kerana chapter 14 tak siap lagi
di suatu masa dah stuck, tak leh nak sambung sebab chapter 22 tak tahu nak tulis apa
aku sedang kembali menjadi budak-budak...yang fikirannya tak matang

sedang buat analisa emosi
kenapa perlu bercincin, berjam tangan dan mula nak jadi kurus 
sedangkan aku tahu dia bukan milikku lagi...


ditaip dalam keadaan hati yang gundah, minda yang keliru dan fikiran yang serabut...

No comments:

Post a Comment