Saturday, May 1, 2010

pandangan mata orang tua

orang tua-tua ni bila pandang kita, mesti ada yang nak dilihatnya, mesti ada yang tersirat disebalik zahir yang dilihatnya itu...
aku teringat pada seorang nenek yang pernah memberi tahu aku sesuatu...Al-Fatihah untuk arwah, dan kata-katanya aku pegang sehingga kini...
saat aku berbaring diribaannya suatu hari dia berkata, kamu ni manjanya bukan main...tak pe, manje ngan nenek je ye...jangan lupa, senang-senangkanlah hati mak ayah kamu...nenek tahu kamu anak yang baik...jaga mak ayah kamu baik-baik ye...katanya sambil mengelus rambutku...ketika itu umur aku dalam belasan tahun...

ketika di universiti, menemani mak ayah melawat nenek disaat tengah sakit...dia begitu gembira sekali...asyik bertanya itu ini...mudah-mudahan dia sihat sampai aku habis belajar nanti...dan sejak itu dia sudah mula bertanya...kamu ni bila pulak nak kahwin...kakak kamu dah selamat dah...nenek ni kalau boleh suka sangat kalau kamu dapat suami orang sini-sini saje, senang nak jenguk nenek...aku hanya senyap...begitu juga mak ayah...orang tengah sakit...macam-macamlah yang dia nak cakap, dengarkan sahaja...

raya beberapa tahun lepas, aku sempat menyambut bersama nenek...dia sungguh gembira sekali...tapi satu ayatnya yang buat aku sangat sedih...tahan ye kamu beraya sendirian di sini, jauh dari mak ayah...airmata sudah mula bergenang...kamu ni tabah, bagus sekali, memang mewarisi Mak Som, memang cucu Mak Som kamu ni...kata-katanya itu buat aku terkenang pada mak, ayah dan arwah nenek...sangat pilu...hampir-hampir sahaja airmata menitis namun aku tahankan juga...hari raya hari bergembira, bukan untuk menangis...

sebelum nenek meninggal, aku sempat bertemunya...dia tetap juga bertanya bilakah waktunya aku akan berkahwin...dengan siapa...di manakah resepsinya nanti...sempatkah dia menghadiri majlisku nanti...dan kata akhirnya...kalau macam ni, tak sempatlah aku nak tengok kamu kahwin...tak pe lah...takde rezeki...jangan lupa kalau dah kahwin sekali pun jaga mak ayah ye...sayang diorang ye...

dalam adik beradik aku lah yang paling 'ketegaq' sekali...
namun setiap kali nenek memandang aku tak pernah lekang dari mulutnya agar aku menjaga mak ayah aku...kalau tengok perangai aku ni bukanlah penyabar orangnya, namun dia seolah-olah menyerahkan amanah itu kepada aku seorang...sedangkan dia sendiri tahu saat aku masih anak-anak aku ni paling tidak disukai ayah sebab nakal sangat...tak tahulah apa yang dipandang oleh nenek pada aku ni...namun kata-katanya itu aku pegang hingga kini...

kini nenek sudah tiada, hampir setahun kepergian nenek...aku masih teringat setiap butir katanya...kesalannya tidak dapat menghadiri walimahku...amanahnya untuk menjaga mak ayah...dan paling utama saat dia masih mahu mengusap rambutku sambil bercerita macam-macam...




Al-Fatihah untuk Arwah nenek Sabariah, adik bongsu atuk

No comments:

Post a Comment