Wednesday, April 7, 2010

uzlah???

berkesempatan berjalan-jalan pada weekend lepas...
kaki melangkah ke tempat yang sudah lama tak ku kunjungi, terasa semacam asing yang teramat...
pergi untuk menonton wayang ngan sepasang kawan
breakfast yang pelik...x pe...mencuba sesuatu yang baru...not bad...

tengok wayang...termangu, terpana...astaghfirullahal'azim...baru aku perasan betapa halusnya usaha Yahudi nak memesongkan akidah orang Islam...sepanjang movie ditayangkan, minda semakin banyak beristighfar, mengucap kalimah shahadah...Ya Allah, peliharalah aku dalam agamaMu, aku memohon...istighfar lagi dan lagi...mata masih terarah ke arah layar besar di depan mata...Ya Allah, peliharalah aku dalam agamaMu, aku berdoa lagi...dan lagi...semoga aku masih dalam Islam saat aku melangkah keluar dari panggung...astaghfirullahal'azim...ampunkan aku Ya Allah...peliharalah aku dalam agamaMu Ya Allah, ucap shahadah lagi

si kawan yang sepasang mula berjalan bersama, rapat, erat...nak pergi beli barang...aku hanya membuntuti langkah mereka...astaghfirullahal'azim...tgn saling memaut...Ya Allah, peliharalah aku dari semua ini...bantulah aku Ya Allah, hati terus memohon keampunanNya, memohon perlindunganNya...beli barang, tangan bersentuh lagi dengan sang promoter...Ya Allah, aku tak mampu Ya Allah, aku hanya mampu membenci di dalam hati, selemah-lemah iman...tiada daya kuasa mencegah dengan tangan mahupun lisan...astaghfirullahal'azim...sampai begitu sekali urusan jual beli di zaman sekarang...mana nak dapat keberkatan berniaga...

jalan-jalan lagi cari tempat makan tengahari...astaghfirullahal'azim...mata di jamu lagi dengan tautan tangan lelaki dan wanita yang bukan mahram, penuh berleluasa...astaghfirullahal'azim...Ya Allah, peliharalah aku dalam agamaMu, aku hanya mampu membenci di dalam hati...terdetik, ketika aku juga keluar dengan seorang lelaki berduaan...masih tidak bersentuhan kulit namun tetap salah...astaghfirullahal'azim...salah...dosa...banyak dosaku padamu Ya Allah, peliharalah aku Ya Allah, pelihara ku dari semua ini Ya Allah, ku mohon...hati tak putus-putus memohon...

sampai di kolej, aku terus jumpa seorang adik dan mula bercerita...hampir menangis aku bercerita...tiba-tiba bahuku ditepuk, belakangku dia usap, penuh kasih seorang adik...akak uzlah...akak akhirnya dapat muhasabah diri sendiri...Allah masih beri akak kesempatan untuk menyesal...ya...aku masih diberi rasa itu...merasai apa yang aku telah lakukan itu salah...berdosa...Allah nak aku sedar semua itu salah...dan aku nekad, selepas ni tak mahu lagi mengikut sepasang teman ke mana-mana...walau lisan masih tak boleh nak menegah, cukuplah Allah lahirkan rasa bersalah didalam hati ini, rasa sangat bersalah...dan aku bersyuku padaMu kerana masih diberi rasa ini Ya Allah...

aku mula merasakan persepsi masyarakat kita ini sudah jauh lari dari yang asal...
masuklah ke dalam Islam secara seluruhnya (2:208) sudah tidak diendah...masyarakat hanya mengambil Islam itu pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, bukan keseluruhannya...harus bagaimana mahu mengaku Islam begitu...aku terfikir dan berfikir...adakah mereka diluar sana terfikir...fikirlah, muhasabah dan kembalilah...aku juga baru sahaja mendapat rasa untuk kembali...marilah semua berfikir, semoga anda mendapat apa yang aku rasa ini...insyaAllah...

kisah ini tiada kaitan dengan siapa-siapa...
hanya untuk mengingatkan diri sendiri, hargai rasa bersalah yang Allah telah kurniakan




tribute to shashi, musolla and those lepak time

No comments:

Post a Comment