Tuesday, September 1, 2009

suram yg kelam atau cerah nan ceria...

post ini merupakan luahan hati aku...

suram yg kelam...
kenapa ek???sebenarnya kelamnya mata aku nak melihat yang zahir2 ni sebab kepala dah kusut serabut dengan banyak benda...and doing things alone ain't easy...lg2 when you have nothing to accomodate you to do such works...reality bites...very much...just let the pain fade with time...

cerah nan ceria...
Ramadhan kali ni sang matahari ceria memancarkan sinar ke bumi dimana aku berpijak...seceria hatiku menyambut bulan penuh barakah ini...entah mengapa kali ini aku tak liat nak berterawih...siap menanti saat menjelang waktu isya' semata-mata nak berterawih...aku perasan pulangnya dr terawih mmg mood baik sgt2...ceria hbs...ehehehe...ni lah kot hasilnye jika pergi beribadah bukan atas alasan apa-apa...pergi kerana keinginan hati yang ikhlas nak pergi...Alhamdulillah...aku dapat sesuatu wlupon baru sepuluh pertama Ramadhan aku lalui...

keceriaan Ramadhan kali ni juga mungkin disebabkan oleh mood raya yang tiba sgt awal...sebelum waktunya...maklumlah setelah dua tahun beraya di rantauan aku berpeluang pulang ke kampung menemui ibu ayah...gembira bukan kepalang...aku gembira kerana kepulanganku disambut penuh gembira oleh ibu ayah...setelah sekian lama beraya berdua, tahun ini si bongsu pulang utk beraya bersama...

cakap pasal balik raya ni...aku terfikir betapa berdosanya aku pada ibu ayah...aku seolah-olah mengabaikan mereka dalam hidup aku...aku jarang sekali pulang melawat(hal ni mmg x dpt dielakkan sbb jarak dan expenses yg mahal utk balik)...ditambah pula ibu ayah tinggal berdua sahaja...tiada yang menjaga kebajikan mereka...aku sebagai si bongsu yang satu-satunya belum mempunyai komitmen keluarga merasakan mereka sekarang dibawah tanggungjawabku sepenuhnya...aku sahajalah yang boleh diharapkan kalau ibu ayah nak minta apa-apa pon...even pemergianku ke sini juga atas request ibu yg mahu melihat aku berada dua tiga tapak lebih hadapan berbanding abang dan kakak...malah apa sahaja yang diminta mereka aku rasa aku 'wajib' tunaikan seperti mana mereka menunaikan hajat2ku di zaman anak-anak dahulu...

ironi...
aku si bongsu yang selalu dikatakan melebih manja oleh kakak abang ini cara fikirnya seperti seorang kakak sulung yang menjaga ramai adik dibawahnya...pernah kejadian di kampung dahulu saat ibuku bertemu kawan sekolah yang sudah berpuluh tahun tidak ditemui...mak cik tu boleh kata aku ni akak sulung, abangku si tengah dan kakakku adik bongsu...sehingga begitu sekalikah terserlah sifat ke'kakak'an aku itu...ntah la...tapi ibu pun berkata demikian...senang hatinya bila berbincang dan berbicara denganku...tahu lah juga dia apa yang orang muda-muda fikirkan zaman sekarang ni...katanya cara fikir sepertiku ini mungkin dimiliki wanita-wanita sepertinya, yang lebih mengikut logik akal dr kata hati ketika bertindak...walaupun kadang kala terlepas perkara terbaik yang boleh di capai dalam hidup...ahahahahahaha...betul sungguh kata-katanya itu...aku ini bakal mengikut jejak langkahnya...

apapun...suram dan ceria itulah yang meronakan kehidupan kita...tanpa salah satunya tempanglah hidup yang dilalui...bukankah setiap kesuraman yang dibawa awan mendung itu akan menghadiahkan pelangi sesudah surutnya hujan??? harapnya suram itu tak berpanjangan dan semoga pelangi petang sudi menjelmakan dirinya...insyaAllah...

No comments:

Post a Comment