Friday, August 7, 2009

apa yang kita fikirkan diawal pagi...

tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
berkumandang suara azan
beralun memecah sepi
selang seli sahutan ayam

terus terang aku katakan...kita ni tak begitu kisah tentang apa yang kita fikirkan di awal pagi (ketika baru bgn tidur) dan waktu sebelum tidur...pada aku la, dua waktu ni la yg sgt penting dlm seharian...kenapa???sebab Allah masih memberi peluang kita bernafas dan berbakti di atas buminya...kerana waktu pagi ni lah kita nak membentuk mood yang baik supaya ceria sehingga ke hujung hari...waktu malam sblm tidur pulak masa utk buat review apa yang kita dah buat salah silap, terlalai, terlupa dan seterusnya beristighfar atas kekhilafan dan berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita hari tersebut...

huh pandainya aku bercakap...aku sendiri masih tak mempraktikkan benda ni sebagai habit...aku kalau bangun pagi bknnya ingat nak bersyukur dulu, tp tgk jam samada aku da terlajak subuh atau tak...then dah solat tu barulah ingat nak ber'terima kasih' atas nikmat usia yang Allah masih pinjamkan...dan waktu malam pulak aku dok sibuk fikir esok kerja apa yang nak kena settle, assignment n tutorial yang kena buat, esok ada kena gi trip or jumpa lecturer dr luar U ke, ada seminar/bengkel/training or apa2 yg berkaitan ke esok...tp tang muhasabah, review and evaluation utk hari yang sudah berlalu tu tak de langsung...kenapa???sebab apa yang dah berlaku tu biarlah...yang penting apa yang nak kita buat seterusnya...tp aku dapati apa yg aku fikirkan selama ni tak betul sgt...sbb kita kena review blk utk tgk kesilapan-kesilapan kecil yang dah kita lakukan...menyesali kesilapan tersebut...dan berusaha untuk tak mengulanginya pada masa hadapan...klu x review, mana nak tgk salah diri sendiri...ini kan konsep asas taubat...kenal pasti salah kita, menyesal, dan berusaha untuk tak mengulanginya lagi...klu salah yang kecil-kecil pon tak boleh berubah, asyik dok ulang je, cam ne la nak melatih diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik...perlu usaha yang jauh lebih byk tu...

bagaimana menyatakan kesyukuran???dgn istighfar dan solat sahaja???tak semestinya...salah satu cara yang paling mudah ialah berhenti merungut (di tujuan khas utk diri sendiri)...merungut ni tak elok...bak kata mak aku kecik hati orang bila dengar kita merungut ttg barangan/perkhidmatan yang orang dah bagi...bila kita berhenti merungut, orang yang dengar tak kecik hati dan kita secara tak langsung bersyukur atas rezeki yang Allah bagi...nasib baik la orang ni nak jual nasi lemak dia kat aku, kalau dia buat bodoh je tadi tak nak layan aku mesti aku dah tak tau nak cari breakfast kt ne...ni contohlah...tp aku ni sekecil benda pon susah nak buat...klu susah sangat DIAM je la...tp lepas dah sedar tu istighfar la blk...mengenang betapa berjasanya orang lain terhadap kita juga salah satu cara untuk menyatakan kesyukuran kita...cuma cara tak langsung sahaja...

post ni utk self reflection je...untuk aku, kau dan semua orang...benda kecik-kecik ni kita susah sket nak detect...once dah detect, marilah sama-sama kita tgk diri kita dan betulkan balik apa yang patut...selamat mencuba

jazakallah

No comments:

Post a Comment