Friday, August 2, 2013

akhirnya
setelah hampir 8 bulan tidak menambah coretan
aku berjaya jugak membuka blog yang suda lama tak di jaga ni

sebenarnya banyak perubahan besar yang telah berlaku dalam hidup aku sejak 2013
aku dah pindah rumah, memulakan kerjaya baru
sudah bertukar-tukar housemate dan roomate, hanya aku yang masih kekal
bertemu, berkawan dengan orang yang lain di tempat kerja
fokus kerjaya bukanlah lagi kepada akademik...

oh lupa pulak...aku dah selamat menggagalkan diri utk program pengajian
dan dengan rasminya telah gagal dan diberhentikan
aku bukan nak bangga sebab gagal
aku cuma nak war-warkan...aku bukan lagi pelajar pasca siswazah
aku cuma pekerja pentadbiran di sebuah kolej swasta
dan gaji...heeeee...semestinya "underpaid"

dan kini
aku rasa penuh sesak hidup aku dengan kerja ni
sebagai individu yang sentiasa bertemu pelajar dan ibubapa, aku kena jd telinga tebal
sabar
karenah orang ni pelbagai...tak boleh nak jangka
memang muka kena manis...ayat kena teratur...dan berkata dengan sopan
tegas bilamana perlu

tugas baru ni mengajar aku untuk mengawal emosi
memperbanyakkan bersabar
dan sentiasa tenang

Alhamdulillah...setakat ni aku ok saje
dan Alhamdulillah kontrak aku baru aje sambung
walaupun tidak berharap untuk kekal lama, tapi banyak gak aku kutip ilmu dan pengalaman kat sini

banyak tak banyak, kalah gak penolong pendaftar kt IPTA...hahahahaha...
serius, memang sangat banyak...

ni je la modal yang boleh aku bawa untuk cari kerja lain yang lebih baik...kan
apapun...aku bersyukur atas kurniaan nikmatNya

bersyukur kerana berpeluang menikmati rezeki halal melalui kerja ni
semoga kerja dan rezeki aku di berkati olehNya...Aameen...


sepertinya, aku dah transform blog ni jadi jurnal peribadi
yang boleh di baca oleh orang lain
tak mengapa...yang baik jadi teladan, yang tak baik jadikan sempadan




sampai ketemu lagi



No comments:

Post a Comment